Patah Tumbuh Hilang Tak Berganti

ISBN: 9786297556505
Checking local availability
RM40.00
Product Details

Publisher,Galeri Ilmu Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 650 g
No. of Pages, 320

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Rujukan Agama / Sirah/Biografi & Profil

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam rahimahullah sering menyebut bahawa pepatah, "Patah tumbuh hilang berganti" tidak berlaku untuk para ulama, kerana apabila meninggalnya seorang ulama, boleh dikatakan tidak ada siapa lagi yang dapat menggantikan mereka. Kalau pun ada, kualiti mereka jauh di bawah para ulama yang telah meninggal dunia itu.

Inilah juga yang berlaku apabila beliau sendiri kembali ke rahmatullah pada 30 Oktober 2021. Tidak ada pengganti yang mempunyai ketokohan, kealiman, ketajaman mata hati, kesungguhan dan liku pengalaman yang sama seperti yang beliau miliki. Buku ini menyingkap riwayat hidup, keperibadian, akhlak, pemikiran, cita-cita, perjalanan menuntut ilmu, perjalanan rohani, hubungan dengan guru-guru dan perjuangan Almarhum, yang ditulis oleh salah seorang anak murid kepercayaan beliau.


Patah Tumbuh Hilang Tak Berganti bukan hanya oleh-oleh untuk anak-anak murid dan para muhibbin (pencinta) Almarhum untuk diambil pengajaran dan dijadikan pegangan hidup. Buku ini untuk semua pembaca yang ingin mengambil pengajaran dari sisi kehidupan seorang ulama dan murabbi ummah yang -seperti diungkapkan oleh putera sulung beliau, Ustaz Muhammad Ali Zainal Abidin- "Menjadikan ikhlas sebagai asas utama dalam kehidupannya dan berbekalkan semangat yang tinggi dalam kerja dakwahnya."

Kehilangan beliau memang tak akan berganti tetapi legasi yang beliau tinggalkan terutama karya-karya yang beliau hasilkan dan pondok-pondok pesantren yang beliau asaskan untuk melahirkan generasi ulama Rabbani, akan terus memberi manfaat kepada umat.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)