Pelajar Bertanya, Prof. Dr. Muhaya Menjawab Berkenaan Dahsyatnya Cabaran Pelajar
Publisher,Pts Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Dalam era serba moden ini, bergelar pelajar menuntut kekuatan dari pelbagai sudut. Bukan sekadar mental, spiritual, dan emosi, malah fizikal juga perlu kuat. Tiada individu yang terkecuali, tidak kira siapa pun dia. Pelajar Bertanya, Prof. Dr. Muhaya Menjawab diilhamkan daripada persoalan dan pengalaman yang diajukan kepada Prof. Dr. Muhaya, selama beliau berkhidmat sebagai doktor sehingga sekarang.
Buku ini merangkumi aspek:
- Pelajaran
- Fesyen
- Perhubungan
- Kesihatan
- Kewangan
- Dilema dalam Diri
- Persahabatan
- Politik
- Disiplin
Dengan tagline 'Celik Mata, Reset Minda,' Prof. Dr. Muhaya sentiasa menarik para pendengarnya dengan kata-kata yang penuh inspirasi. Bak sebutir mutiara yang bersinar, beliau tidak pernah jemu berbakti dan berkhidmat untuk masyarakat.
Pilihan Staf:
Sesuai untuk pelajar sekolah dan universiti di mana jawapan yang diberikan oleh Prof. Dr. Muhaya terhadap persolan-persoalan yang pernah diajukan kepada beliau amat ringkas namun padat dan bertepatan dengan kredibilitinya sebagai seorang pakar mata dan pakar motivasi yang tidak jemu-jemu menuntut dan mencurahkan ilmu untuk kita semua.