Pelangi Buat Riyana
Author: Findaemira
ISBN: 9786299529453
Checking local availability
Title
RM50.00
Publisher,Romance Creative Exclusive
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Riyaz Huzair. Dia lelaki periang yang penuh dengan loyar buruk. Tidak pernah bercinta adalah 'kelemahan' yang paling dia banggakan. 33 tahun hidup membujang bukan satu masalah untuknya. Setiap gadis yang cuba mendekatinya ditolak mentah-mentah dengan alasan peliknya sendiri.
"Aku nak jodoh yang namanya hampir sama dengan nama aku." — Riyaz Huzair
Takdir seakan mendengar doanya, dan dia dipertemukan dengan Riyana Hazira, si gadis cashier
"Kalau sengkek, jangan makan dekat sini." - Riyana Hazir
Riyana Hazira, seorang gadis yang langsung tiada ciri lembut seperti seorang wanita. Disebalik sikapnya yang kasar dan dingin, dia menyimpan kisah silam yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapa. Luka lama yang terlalu dalam membuatkan hatinya tidak mempercayai lelaki.
Bagi Riyana, Riyaz hanyalah seorang pelanggan yang suka menyibuk.
Bagi Riyaz, Riyana satu-satunya calon yang memenuhi kriterianya. Hanya kerana nama mereka yang hampir sama.
Dan ada sesuatu dalam diri Riyana yang masih berperang dengan masa lalu.
Mampukah Riyaz merawat luka di hati Riyana? Atau kehadirannya cuma menggali lebih dalam luka yang Riyana cuba sembunyikan selama ini?