Pelangi di Hujung Gelita
Publisher,Pekan Ilmu Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Kehidupan Haziq dan adik-beradiknya mula berubah setelah ibu dan ayahnya berpisah. Mereka kini tinggal bersama dengan neneknya yang tinggal di sebuah penempatan setinggan. Walaupun tanpa ibu dan ayahnya di sisi, Haziq tetap gembira dengan kehidupan mereka sekarang tetapi kegembiraannya itu tidak kekal lama apabila ayahnya datang mengambil abang dan adiknya pergi jauh darinya. Masib Haziq semakin buruk apabila nenek yang disayanginya di timpa kemalangan dan tidak mampu bergerak lagi.
Perhatian yang diberikan oleh Cikgu Anis yang sebelum ini tidak beberapa menyukai Haziq kerana beranggapan Haziq seorang murid yang bermasalah banyak membantu Haziq untuk memulihkan semangatnya yang hilang. Bermula dari situ, Haziq berubah menjadi seorang yang berjaya sehingga mampu memiliki perniagaan sendiri.