Peliharalah Matamu: Ke Arah Mata Yang Sihat

ISBN: 9789671036587
Checking local availability
RM30.00
Product Details

Publisher,As-Sohwah
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Mata adalah salah satu anugerah daripada Allah S.W.T Nikmat sepasang mata berupa penglihatan, adalah sesuatu yang tidak dapat diukur nilai dengan harta dan wang. Mari kita renungkan sejenak, kita tentunya tidak mampu untuk mencipta walau sehelai bulu mata, apa lagi sebiji bola mata yang pelbagai fungsi, dilengkapi dengan jutaan sel yang bukan sahaja membantu segala urusan kehidupan kita, malah membolehkan kita melihat dunia yang besar dan luas ini hanya melalui sebiji bola yang kecil daripada bola tenis! Subhanallah! Hebahkan?

 

Seharusnya kita sebagai manusia, mensyukuri dan berasa sangat bertuah kerana memiliki kehebatan sebuah penglihatan namun,mungkin kerana kelalaian atau kecuaian sendiri menyebabkan kita kehilangan anugerah yang berharga ini. Tidak dinafikan, kadangkala kita di uji oleh Allah dengan masalah kesihatan namun, dewasa ini, pelbagai penyakit timbul yang berakhir menjejaskan kesihatan mata terutamanya diabetes dan kanser dan ada juga akibat kecuaian penggunaaan alatan dan ubat-ubatan yang tidak sesuai, mengabaikan nasihat doktor dan bermacam-macam lagi.

 

Melihat kepada situasi ini, saya terpanggil untuk menerbitkan buku ini buat panduan berupa secebis pengetahuan mengenai kesihatan mata anda berdasarkan pengalaman yang saya lalui sebagai seorang doktor mata. Marilah sama-sama berdoa semoga Allah memberkati hasil usaha ini dan manfaatnya tersebar luas kepada di luar sana, InsyaAllah.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)