Pelindung Cinta!

ISBN: 9789670567112
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Penulisan2u
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,


Biarkan aku menjadi pelindung cintamu… Walaupun kau menjauh daripada cintaku…

Hanya kerana sebuah amanah, Radwa terpaksa menjadi seorang pelindung. Bukan pelindung
kepada seorang jutawan atau kaum kerabat, tetapi hanya pelindung kepada abang kawan
baiknya, Raed Daniyal.

Pertemuan pertama antara mereka mendebarkan Radwa, tapi tidak pada Raed. Dia benci!
Benci dengan kehadiran gadis itu. Bukan benci kerana terasa diganggu tetapi benci kerana
kehadiran gadis itu membuka kembali luka lama.

“Saya... Saya...”
“Saya apa?!”
“Saya suka awak, Raed. Sebab tu saya buat macam tu.”
“Oh, jadi nak tackle akulah ni?”

Kecewa dengan reaksi lelaki itu, Radwa mula menjalankan misi lain. Misi mengubati kembali
luka Raed! Malangnya dari misi memujuk, terpaksa pula menjadi... Misi memikat Raed!
Akhirnya... cinta sekali lagi terlafaz.

“Saya akan sentiasa jaga awak. Tak ada orang yang boleh sentuh sayang saya ni lagi. Saya
janji!”

“Betul ni? Then, bila nak propose saya?”
“Hah, Serius?”

Bahagia yang baru berputik, gugur angkara fitnah. Daripada kekasih yang setia, berubah
kembali menjadi seorang pendendam. Dan sebuah kepercayaan, karam di lautan bergelora.
Dapatkan Radwa mempertahankan hubungan mereka dan sebuah amanah? Berjayakah mereka
menjadi pelindung cinta antara mereka?

 

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)