Pemburu Hartanah

ISBN: 9789830976815
Checking local availability
RM30.00
Product Details

Publisher,Galeri Ilmu
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,

Himpunan kisah benar dan ilmu teknikal asas pelaburan hartanah binaan pemaju.

Pemburu Hartanah adalah satu daripada dua jilid Daimyo No Sakuhin. Daimyo itu bererti Raja Negeri pada zaman Perang Sengoku di Jepun. Daimyo berkuasa penuh bagaikan seorang raja dan mengenali setiap inci tanah jajahannya.

Abe Nazz melabelkan dirinya sebagai Daimyo Setia Eco Park. Beliau meminati hartanah di jajahan Barat dan Utara Greater Kuala Lumpur (GKL). Yang menariknya, selama 15 tahun melabur dalam bidang hartanah, kesemua 14 hartanah beliau ialah hartanah dalam pembinaan (under construction / undercons).

Ibu dan bapa Daimyo Eco Park ini kedua-duanya ialah bekas guru sekolah. Maka, di sinilah datangnya kemahiran beliau untuk mendidik dalam susun atur yang ringkas tetapi padat.

Beliau sedar untuk melangkah jauh dalam pelaburan undercons, beliau perlu mencari enam lagi Daimyo dari kawasan jajahan lain. Setelah berjaya mengumpulkan enam Daimyo, beliau mula mengumpulkan pelabur-pelabur undercons yang tegar.

Wawasan beliau ialah untuk menubuhkan sebuah Koperasi Jaegers sebelum 2020 yang akan melabur dalam pemaju-pemaju yang mempunyai potensi, melabur dalam hartanah komersial seperti hotel, dan melabur dalam tanah-tanah yang bisa dimajukan.

Buku ini ditulis dengan niat untuk melengkapkan ilmu asas dalam pelaburan undercons. Buku ini akan disusuli dengan Siri 2 yang padat dengan tip dan strategi yang lebih kompleks. Apa yang pasti, pelaburan undercons ialah satu pelaburan yang bermula dengan modal yang minimum, yang perlu dijalankan dengan penuh agresif tetapi masih perlu berhati-hati, yang akhirnya mampu menjana laba yang besar.

Diharapkan pembaca akan mendapat ilmu yang bermanfaat daripada perkongsian 15 tahun ini. Apa yang ingin disampaikan ialah orang makan gaji pun boleh melabur hartanah bernilai jutaan ringgit sekiranya ilmu hisab undercons adalah mantap!

Customer Reviews

Based on 7 reviews
57%
(4)
43%
(3)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
m
muNn
Pemburu Hartanah

Panduan pemula bagi individu yang ingin menceburkan diri dalam bidang hartanah. Diselit juga panduan dan tips untuk membeli rumah pertama. Jika inginkan kelainan, mungkin buku ini boleh membantu anda menceburi bidang yang baru dan mencabar..!

m
muNn
Pemburu Hartanah

Panduan pemula bagi individu yang ingin menceburkan diri dalam bidang hartanah. Diselit juga panduan dan tips untuk membeli rumah pertama. Jika inginkan kelainan, mungkin buku ini boleh membantu anda menceburi bidang yang baru dan mencabar..!

s
sitinurkhadijahjaafar
Pemburu Hartanah

Sebuah buku yang mendedahkan tip tip hartanah yang berkesan daripada penulis. Sangat sesuai buat mereka yang ingin menceburi bidang hartanah dalam memulakan langkah pertama. Sangat membantu.

S
Saiful Hidayat
Pemburu Hartanah

perkongsian yang menarik oleh penulis tentang 50 tips asas pelaburan hartanah yang berkaitan dengan binaan pemaju.

S
Saiful Hidayat
Pemburu Hartanah

perkongsian yang menarik oleh penulis tentang 50 tips asas pelaburan hartanah yang berkaitan dengan binaan pemaju.