Pemegang Watak Cinta

ISBN: 9789670246567
Checking local availability
RM23.00
Product Details

Publisher,Karya Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 568

“Hah!!! Ya Allah, aku dah langgar orang! Ibu! Tolong Wafa, bu! Wafa dah jadi pembunuh.”

Dan dari situ segalanya bermula...

WAFA AMANI. Gara-gara rasa cuaknya, dia mula mencipta pembohongan. Identiti Tengku Aakif Nawfal ditukarnya menjadi Ali, seorang lelaki biasa.

TENGKU AAKIF NAWFAL. Seorang pewaris syarikat hartanah yang hilang identiti diri angkara musuh dalam selimut. Dunia barunya hanya bersama keluarga kecil Wafa Amani. Tanpa disangka, berlaku suatu peristiwa yang memaksa dia dan Wafa Amani bersatu.

Apabila seorang cikgu Matematik yang garang, kedekut dan digelar harimau jadian tapi comel persis Heliza terpaksa menjadi pemegang cinta buat Tengku Aakif Nawfal, seorang lelaki hilang ingatan, apa yang akan jadi?

“Awak, keluarlah cepat. Bilik air ni bukan untuk awak mandi seorang aje tau.” – WAFA AMANI

“Kalau bilik air kat dalam rumah ni tak boleh  mandi seorang, maksudnya kena mandi berdua ke?” – TENGKU AAKIF NAWFAL

“Eee, geram betul aku dengan mamat ni! Yang famili dia pun tak reti-reti nak datang kutip ahli keluarga dia yang sesat di dalam rumah ni ke?” – WAFA AMANI


 

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)