Penanggal

ISBN: 9789672394563
Checking local availability
RM36.90
Product Details

Publisher,Karya Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 450 g
No. of Pages, 470

BALAN-BALAN – EB REEZA

"Kembali kepada fitrahmu." Ayat yang berulang kali dibisikkan ke telinga Azfar sehingga pemuda itu menjadi gelisah kerana dia langsung tidak faham kenapa ungkapan tersebut seringkali dibisikkan kepadanya. Dia juga tidak mengerti kenapa dia seringkali bermimpi makan makanan yang kotor sehinggalah dia ke Sabah untuk merungkaikan apa yang dialami sehinggalah dia mengetahui sesuatu yang cukup membuatnya tidak percaya.
Apakah rahsia Zafar yang terselindung sebenarnya?

 

SUMPAHAN SELENDANG BIRU – SAKU ZAN

Di sebalik lembutnya sehelai selendang biru, tersimpan rahsia yang mampu menyelamatkan atau menghancurkan.

Juni, wanita tanpa ingatan, cuba membina hidup baharu bersama keluarga angkatnya. Namun selepas kelahiran Billah, dunia yang dianggap aman mula retak, tangisan anaknya hanya mampu dipujuk oleh selendang biru yang ternyata dipenuhi mantera lama.

Dalam usaha memisahkan Billah daripada kuasa yang tidak difahaminya, Juni terpaksa menjejaki akar silam hingga ke Kampung Tulu, tempat legenda pahlawan kasu bermula dan tempat dirinya yang sebenar menunggu. Di sana, dia menemukan kebenaran yang menakutkan. Mampukah Juni memisahkan anaknya daripada sumpahan selendang biru dan menemui semula identiti asalnya?

 

GHUBAR YANG MEMANGGIL – AZIELERHIA

Gadis itu sering merasa terganggu dengan irama yang kerap berbisik di telinganya. Alunan yang lunak bermain di dalam fikirannya menangkap ke jantung hatinya, sehingga membuat gadis itu kehilangan ketenangan pada setiap kali.

Susur alur keluarga dicari gali demi mendapatkan jawapan kepada setiap persoalan yang membelenggunya saban hari. Walaupun telah ditegah oleh ayahnya berkali-kali, namun Che Andak tetap dengan keputusannya untuk meneruskan pencarian. Walau dia sedar yang dia hanya akan menemui jalan buntu, dia tidak peduli.

Apakah yang sebenarnya memanggil dan mengganggu Che Andak sehingga begitu tingkahnya?