Penawar Duka Pengubat Sengsara
Publisher,Karya Bestari
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 430 g
No. of Pages,
Duka, gundah dan sengsara itu tidak diminta bahkan kita disuruh berlindung dengan Allah daripada semuanya. Namun, betapa ajaibnya makhluk yang bernama derita. Ia boleh datang dalam pelbagai rupa, menerjah ke dalam dada dan jiwa. Perasaan itu sukar dikawal bahkan adakala kita sukar mengerti perasaaan yang dialami…
Ujian bagaikan bicara atau sapaan Allah agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah atau tambahkan pahala dan padamkan dosa. Hiasilah hidup dengan istighfar, iaitu kembali kepada Allah dan mohon ampun kepada-Nya dengan jujur, dengan luhur, dengan khusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagiaan. Itulah janji-Nya…
Pengisian Menarik:
• Iman Tidak Dipaksa
• Bila Usia Menjelang 40
• Kemanisan Dalam Ujian
• Menangislah Wahai Mata
• Mencari Keberkatan Masa
• Di Sebalik Cinta Dan Tawakal
• Mencari Hikmah Di Sebalik Duka
• Jalan Pulang Ke PangkuanTuhan
• Di Manakah Hendak Dicari Ketenangan?
• Pengaruh Wanita Dalam Kehidupan Lelaki
'Penawar Duka Pengubat Sengsara' banyak menyentuh bagaimana insan dapat mengubati masalah kehidupan, mencari ketenangan dan memahami hakikat kehidupan di sudut rohani insani. Terdapat beberapa puisi yang bertemakan hubungan insan dengan TUHAN. Buku ini menggunakan bahasa serta bicara yang mendekati jiwa dan rohani insani. Cukup mengesankan.