PENCURI CINTA KELAS SATU
Publisher,Penulisan2u
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages, 580
Bagi Aisya Humaira, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang.
Pada dia, menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Dan, langsung dia tidak menduga, menjaga si kecil yang kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yang disangka. Oleh itu, dia perlu mencari pak cik kepada anak buahnya itu.
Tapi siapa? Zulfa, si cinta pertamanya tu menolak. Nak bina kerjaya dulu katanya!
Bagi Amar Firzal, mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pada dia, mempunyai kerja yang stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan, langsung dia tidak menyangka, ibunya juga terpengaruh dengan tipikal ibu di dalam drama yang suka menggesanya agar cepat‐cepat bernikah.
Alasan demi alasan yang diberi hanya menjadi halwa telinga. Dan akhirnya dia akur walau masih takut untuk meluahkan rasa pada si gadis sepejabat yang lebih tinggi pangkatnya. Mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya.
“Jom kita kahwin? Mama saya ingat saya bercinta dengan isteri orang anak satu.” – Amar Firzal
Ini dikira proposal ke? Tanpa cincin belah rotan? Tanpa pantun lima enam kerat? Tak menarik langsung – Aira
Amar Firzal terpaksa lupakan crush di pejabat. Aisya Humaira nekad tinggalkan kekasih yang masih ragu tak bertempat. Kerana takdir mereka bertemu, kerana takdir juga mereka bersatu. Mampukah Firzal menjadi pencuri cinta kelas satu untuk isteri yang manja dan berhati batu? Malam ni jangan pergi mana‐mana.”
“Kenapa?”
“Nanti awak tak ada dalam mimpi abang.”
Kalau hati dah mula terasa sesuatu, dapatkah crush dan cinta pertama dilupakan?
Walaupun pada mula macam ada persoalan kenapa Ayra kena kahwin untuk bagi anak buah dia ayah, dari keseluruhan cerita bila kita baca akan dapat jawapan. Menarik.
Seronok bila dah baca novel ini..romantis dan ada lucunya tak sabar untuk kita tahu kisah seterusnya..tidak membosankan✨
Penulisan yang sangat santai dan sesuai untuk mereka yang ingin sesuatu jalan cerita yang tidak terlalu berat dan tidak terlalu banyak konflik. A very simple storyline. Takkan rse bosan sepanjang pembacaan kerana buku ni ada sense of humor pada watak-wataknya.
Walaupun pada mula macam ada persoalan kenapa Ayra kena kahwin untuk bagi anak buah dia ayah, tapi bila baca keseluruhan baru dapat jawapan...pembacaan yang santai dan tidak berat....menarik..
Penulisan yang sangat santai dan sesuai untuk mereka yang ingin sesuatu jalan cerita yang tidak terlalu berat dan tidak terlalu banyak konflik. A very simple storyline. Takkan rse bosan sepanjang pembacaan kerana buku ni ada sense of humor pada watak-wataknya.