Pendamping Puaka

ISBN: 9789672394105
Checking local availability
RM28.90
Product Details

Publisher,Karya Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Misteri / Thriller

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Di tempat kerja, Azmi sehingga kini masih lagi meratapi pemergian isteri kesayangannya yang sudah meninggal dunia akibat kemalangan ngeri. Setiap hari dia tidak bosan menatap wajah Salina pada bingkai gambar di atas mejanya. Hairi yang merupakan rakan sekerja dan sahabat karibnya, pening memikirkan bagaimanakah caranya untuk membantu sahabatnya itu yang didapati semakin lama semakin hanyut dalam dunia lamunannya.

Malam itu, Azmi terpegun melihat wanita mirip Salina, sedang tersenyum menunggunya di pinggir katil itu. Walaupun dia tahu itu bukanlah isterinya, namun itu tidak menjadi masalah buat dirinya. Biarlah hanya tubuh dan wajahnya sahaja yang betul-betul 'Salina', Azmi sudah cukup berpuas hati. Biarpun syirik perbuatannya itu, Azmi tidak kisah asalkan dia dapat peluang untuk menikmati saat-saat indah yang hadir hanya sekali seminggu, melepaskan rindu dendamnya pada isteri tercinta.

Adakah Azmi akan terus memilih untuk tenggelam dan terpisah dari realiti? Apakah dia mampu untuk melepaskan diri dari genggaman pendamping puaka yang semakin lama semakin hebat membelenggu hidupnya itu?

Segalanya akan terjawab dalam novel seram percintaan berpuaka ini.

Customer Reviews

Based on 6 reviews
50%
(3)
50%
(3)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
N
Noramalina shamsudin
Pendamping Puaka

Sebuah novel yang menceritakan tentang pendamping kepada seorang manusia dimana telah kematian isteri nya.Seorang manusia yang bernama Azmi tidak dapat menerima hakikat dengan kematian isterinya, selalu meratapinya. Oleh itu, muncul lah seorang pendamping yang seakan-akan isterinya. Seram dan seronok di baca.

b
biey
Terbaik!

Sebuah novel seram yang best dan menyeramkan. Setelah kematian isterinya, Azmi tidak dapat menerima takdir yang telah ditentukan sehingga muncul bayangan seakan mirip wajah isterinya namun itu hanyalah pendamping yang wujud dalam dunia lamunannya.

N
Nurhidayah
Jalan cerita menarik

Saya bukanlah peminat novel seram. Tapi novel yang ini, satu pengecualian. Pengurusan emosi setelah kematian yang tersayang adalah sangat penting bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara syirik seperti yang diketengahkan di dalam novel ini. Garapan yang baik daripada penulis. Anda patut dapatkan novel ini..

s
sitinurkhadijahjaafar
Pendamping Puaka

Sebuah novel seram yang mengisahkan tentang Azmi yang kematian isteri,Salina. Suatu hari, muncul seorang wanita yang mirip isterinya di rumahnya. Meskipun Azmi menyedari itu bukanlah isterinya tetapi dia tidak menjadikan itu masalah. Azmi membuatkan dirinya tenggelam dalam ilusi. Jalan cerita yang menarik dan diselitkan dengan seram sesekali membuatkan bulu roma meremang bila baca part seram. Plot juga disusun elok,memang tak membosankan pembaca. Memang best.

F
Fieza
NOVEL SERAM

Pendamping sebuah novel seram karya Zyra Safiya. Pendapat saya novel ini klise, cinta tiga segi. TAPI, pembaca sekalian jangan cepat menghukum kepada kekurungan sebuah karya. Nilai dari pelbagai sudut. Saya suka unsur mistik yang ditonjolkan penulis. Ritual berkenaan bayi tu sangat-sangat menarik. Babak seram yang saya sangka langsung tidak menjadi sebaliknya meremangkan bulu roma. Bahasa yang mudah, jalan cerita yang diatur kemas dan sedikit klise. Koflik keluarga yang sangat berkesan dan lain dariapada lain. Salah satu watak dalam novel ini yang tidak ada dalam novel lain. Seorang gadis yang selalu bercakap mengikut tatabahasa yang betul. Jelas penulis cuba mencari kelainan dalam novel beliau ini.