Pendidikan Falsafah Barat (Siri 2) - Neo-Aristotelianisme dan Komunitarianisme - Gagasan Politik dan Moral Maclntyre, Walzer dan Sandel

ISBN: 9789672440154
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Firdaus Press Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 129 g
No. of Pages, 78

Siri 2

 

Siri kedua ini memuatkan perbincangan tiga ahli falsafah kontemporari terkemuka dalam kalangan falsafah aliran komunitarianisme. Tiga mereka ialah Alasdair MacIntyre, Michael Walzer, dan Michael Sandel.

Falsafah Barat kontemporari telah terpecah kepada tiga aliran besar, iaitu analitik, pragmatik dan kontinental. Pendekatan komunitarianisme adalah pecahan analitik yang berkembang sebagai anti-tesis kepada pendekatan individualisme dalam pendekatan analitik itu. Pendekatan analitik adalah aliran saintifik yang percaya bahawa fenomena kegiatan manusia boleh dianalisis secara empirikal dan sistematik.

 

Aliran kontinental berpandukan analisis mereka kepada pengalaman tokoh-tokoh tertentu berdasarkan inspirasi yang mereka terima, baik daripada sumber alam nyata mahupun sumber alam ghaib. Aliran pragmatik lebih menumpukan analisisnya terhadap faedah masa depan yang boleh diperolehi oleh masyarakat daripada hasil analisisnya.

 

Buku Pendidikan Falsafah Barat Siri 2 ini menonjolkan tiga orang ahli falsafah dalam kalangan aliran analitik yang tegar komunitarianisme. Sifatnya yang antitetikal (bertentangan) itu menyebabkan kedudukan kategorinya menjadi longgar sehinggakan kadangkala boleh tergolong dalam kategori pragmatik dan kontinental. Aliran ini tetap percaya akan adanya prinsip sejagat yang mampu diamalkan manusia, meskipun mereka berpandangan setiap satu komuniti atau masyarakat memiliki makna nilai unggul yang unik bagi komuniti itu.

Konsep ini menerangkan adanya hukum alam (natural law) yang mesti dipatuhi oleh manusia bagi mencapai kehidupan yang bahagia. Deontologi menerangkan bahawa masyarakat yang mengikut hukum alam yang telah ditentukan oleh ahli falsafah adalah masyarakat yang patuh kepada hukum alam berkenaan, demikian itu mereka sebenarnya hidup dalam kebenaran dan kebahagiaan yang mutlak. Teleologi adalah konsep yang menerangkan masyarakat perlu berdiskusi sesama mereka untuk merealisasikan matlamat hidup berasaskan hukum alam yang ditemui hasil daripada diskusi-diskusi dalam masyarakat.

 

Hukum alam mempunyai dua dimensi: pertama, dimensi wahyu daripada Tuhan manakala yang kedua, juga daripada Tuhan, yang diwujudkan secara semulajadi, tidak melalui wahyu. Perbincangan hukum alam ini hanya dapat difahami secara mengaitkannya dengan konsep metafizik (alam ghaib). Terdapat kepercayaan yang kuat bahawa wujud dunia yang tidak dapat dilihat atau digapai oleh pancaindera, iaitu dunia metafizik. Dunia nyata ini dipengaruhi oleh peraturan yang diputuskan di dalam alam ghaib berkenaan.

 

Satu kaedah memahami ilmu falsafah adalah dengan memahami apakah idea penting ahli falsafah dan bagaimanakah mereka menghasilkan idea berkenaan. Dengan memahami sejarah kehidupan tokoh-tokoh falsafah tertentu, seseorang akan dapat maklumat tambahan mengenai idea dan metode yang digunakan oleh seseorang ahli falsafah.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)