Pendidikan Falsafah Barat (Siri 4) - Dari Socrates Kepada Nietzsche - Gagasan Politik dan Moral Tamadun Barat

ISBN: 9789672440093
Checking local availability
RM36.00
Product Details

Publisher,Firdaus Press Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 196 g
No. of Pages, 129

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Bacaan Umum / Bacaan Umum

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Siri 4

 

Siri keempat ini memuatkan perbincangan dua belas ahli falsafah klasik dan moden terkemuka dalam kalangan tokoh pemikir falsafah pelbagai aliran.

Sekurang-kurangnya, ada tiga panduan penting untuk membolehkan seseorang itu memahami ilmu falsafah seperti falsafah politik.

Aliran klasik dan moden dalam buku ini dibahagi kepada empat bab. Pertama, zaman yang memberikan tumpuan kepada kehidupan unggul dan kehidupan keji iaitu daripada zaman Greek sehinggalah ke Zaman Renaissance. Kedua, zaman moden yang terbahagi kepada dua Era Pencerahan iaitu Pencerahan Pertama dalam abad ke-17 dan ke-18 dan Pencerahan Kedua abad ke-19.

Falsafah Barat kontemporari telah terpecah kepada tiga aliran besar iaitu analitik, pragmatik dan kontinental. Analitik adalah aliran saintifik yang percaya bahawa fenomena kegiatan manusia boleh dianalisis secara empirikal dan sistematik. Aliran kontinental berpandukan analisis mereka kepada pengalaman tokoh-tokoh tertentu berdasarkan inspirasi yang mereka terima, baik daripada sumber alam nyata mahupun sumber alam ghaib. Aliran pragmatik lebih menumpukan analisisnya terhadap faedah masa depan yang boleh diperolehi oleh masyarakat daripada hasil analisisnya.

Konsep deontologi dan teleologi dan kaitannya dengan metafizik

Konsep ini menerangkan adanya hukum alam (natural law) yang mesti dipatuhi oleh manusia bagi mencapai kehidupan yang bahagia. Deontologi menerangkan bahawa masyarakat yang mengikut hukum alam yang telah ditentukan oleh ahli falsafah adalah masyarakat yang patuh kepada hukum alam berkenaan. Demikian itu, mereka sebenarnya hidup dalam kebenaran dan kebahagiaan yang mutlak. Teleologi adalah konsep yang menerangkan masyarakat perlu berdiskusi sesama mereka untuk merealisasikan matlamat hidup berasaskan hukum alam yang ditemui hasil daripada diskusi itu.

Hukum alam mempunyai dua dimensi: pertama, dimensi wahyu daripada Tuhan, manakala yang kedua, juga daripada Tuhan, yang diwujudkan secara semula jadi, tidak melalui wahyu. Perbincangan hukum alam ini hanya dapat difahami secara mengaitkannya dengan konsep metafizik (alam ghaib). Terdapat kepercayaan yang kuat bahawa dunia yang tidak dapat dilihat atau digapai oleh pancaindera iaitu dunia metafizik itu wujud. Dunia nyata ini dipengaruhi oleh peraturan yang diputuskan di dalam alam ghaib berkenaan.

Tokoh-tokoh falsafah yang terbilang

Satu kaedah memahami ilmu falsafah adalah dengan memahami apakah idea penting ahli falsafah dan bagaimanakah mereka menghasilkan idea berkenaan. Dengan memahami sejarah kehidupan tokoh-tokoh falsafah tertentu, seseorang akan dapat maklumat tambahan mengenai idea dan metode yang digunakan oleh seseorang ahli falsafah.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)