Pendidikan Islam - Aqidah & Falsafah Politik - Al-Ghazali, Al-Fatani, El-Muhammady
Publisher,Firdaus Press Publication & Bookue Recources
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 140 g
No. of Pages, 85
Shelf: Mutiara Minda / Rujukan Agama / Agama
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Buku
ini adalah Siri Pendidikan Falsafah Islam yang ke- 8. Penulisan buku Pendidikan
Falsafah Islam dan juga falsafah-falsafah lain tidak akan berhenti selagi
spesis manusia terus hidup. Justeru itu, projek penulisan Pendidikan Falsafah
Islam bersiri ini akan diteruskan dari tahun ke tahun (Insya Allah). Khusus
bagi Siri 5, 6, 7 dan 8, pengarang memuatkan 12 tokoh pemikir Islam terkemuka
seperti yang berikut: Siri 5-al-Tusi, Al-Majlisi dan Muhammad al-Khatami Siri
6- Al-Ghazali, al-Fatani dan Muhammad Uthman el-Muhammady Siri 7- Ibnu Khaldun,
Khairuddin at-Tunisi dan Rashid al-Ghannushi Siri 8-Shah Waliullah, al-Maududi
dan Qazi Hussain Keunikan Siri 5 hingga 8 ini terletak bukan sahaja pada
tokoh-tokoh yang dicakupi tetapi juga sengkang masa yang diliputi. Sebagai
contoh, Siri 8 yang Tuan/Puan baca ini adalah tentang pemikiran Shah Waliullah,
al- Maududi dan Qazi Hussain yang mana tempoh masa yang dicakupi menjangkau
tempoh hampir kira-kira 200 tahun. Siri 8 ini ditumpukan khusus kepada tokoh kelahiran
Indo-Pakistan, wilayah yang telah menghasilkan ribuan ulama terkemuka.
Sungguhpun ilmu falsafah Barat perspektif logik menekankan pentingnya aspek
metafizik dalam memahami masyarakat manusia, diskusi metafizik amat berbeza
dalam falsafah Islam berbanding dengan falsafah Barat itu. Berdasarkan
pemahaman kaca mata sebahagian pemikir Barat, terdapat dua jenis hukum alami
(natural law) yang mana kedua-duanya juga datangnya daripada Tuhan. Jenis
pertama hukum alami adalah hukum yang boleh dianalisis secara logik, sama ada
menggunakan pancaindera ataupun menggunakan eksperimen minda. Sebagai contoh,
pancaindera memberitahu api itu panas. Sama ada seseorang itu percaya atau
tidak, hukum alami telah menentukannya secara putus iaitu setiap yang dinamakan
api, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sekalipun ia tetap akan panas.
Sungguhpun begitu, ada perkara-perkara mengenai hukum alami berkaitan dengan
manusia yang tidak dapat ditaakuli melalui pancaindera. Sebagai contoh, apakah
hakikat sebenar fitrah manusia itu? Sama ada ianya mulia atau sebenarnya keji.
Ahli falsafah menggunakan eksperimen minda untuk menaakuli apakah sebenarnya
fitrah spesis manusia itu. Berdasarkan eksperimen minda Hobbes, manusia itu
secara fitrah rata-ratanya ganas, manakala menurut Locke pula, manusia itu
secara alami rata-ratanya adalah baik.