Pendidikan Islam - Aqidah & Falsafah Politik - At-Tusi, Al-Majlisi dan Khatam

ISBN: 9789672440185
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Firdaus Press Publication & Bookue Recources
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 140 g
No. of Pages, 107

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Rujukan Agama / Agama

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Buku ini adalah Siri Pendidikan Falsafah Islam yang ke- 8. Penulisan buku Pendidikan Falsafah Islam dan juga falsafah-falsafah lain tidak akan berhenti selagi spesis manusia terus hidup. Justeru itu, projek penulisan Pendidikan Falsafah Islam bersiri ini akan diteruskan dari tahun ke tahun (Insya Allah). Khusus bagi Siri 5, 6, 7 dan 8, pengarang memuatkan 12 tokoh pemikir Islam terkemuka seperti yang berikut: Siri 5-al-Tusi, Al-Majlisi dan Muhammad al-Khatami Siri 6- Al-Ghazali, al-Fatani dan Muhammad Uthman el-Muhammady Siri 7- Ibnu Khaldun, Khairuddin at-Tunisi dan Rashid al-Ghannushi Siri 8-Shah Waliullah, al-Maududi dan Qazi Hussain Keunikan Siri 5 hingga 8 ini terletak bukan sahaja pada tokoh-tokoh yang dicakupi tetapi juga sengkang masa yang diliputi. Sebagai contoh, Siri 8 yang Tuan/Puan baca ini adalah tentang pemikiran Shah Waliullah, al- Maududi dan Qazi Hussain yang mana tempoh masa yang dicakupi menjangkau tempoh hampir kira-kira 200 tahun. Siri 8 ini ditumpukan khusus kepada tokoh kelahiran Indo-Pakistan, wilayah yang telah menghasilkan ribuan ulama terkemuka. Sungguhpun ilmu falsafah Barat perspektif logik menekankan pentingnya aspek metafizik dalam memahami masyarakat manusia, diskusi metafizik amat berbeza dalam falsafah Islam berbanding dengan falsafah Barat itu. Berdasarkan pemahaman kaca mata sebahagian pemikir Barat, terdapat dua jenis hukum alami (natural law) yang mana kedua-duanya juga datangnya daripada Tuhan. Jenis pertama hukum alami adalah hukum yang boleh dianalisis secara logik, sama ada menggunakan pancaindera ataupun menggunakan eksperimen minda. Sebagai contoh, pancaindera memberitahu api itu panas. Sama ada seseorang itu percaya atau tidak, hukum alami telah menentukannya secara putus iaitu setiap yang dinamakan api, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sekalipun ia tetap akan panas. Sungguhpun begitu, ada perkara-perkara mengenai hukum alami berkaitan dengan manusia yang tidak dapat ditaakuli melalui pancaindera. Sebagai contoh, apakah hakikat sebenar fitrah manusia itu? Sama ada ianya mulia atau sebenarnya keji. Ahli falsafah menggunakan eksperimen minda untuk menaakuli apakah sebenarnya fitrah spesis manusia itu. Berdasarkan eksperimen minda Hobbes, manusia itu secara fitrah rata-ratanya ganas, manakala menurut Locke pula, manusia itu secara alami rata-ratanya adalah baik.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)