Pendidikan Islam - Aqidah & Falsafah Politik - Ibnu Khaldun, Khairuddin At-Tunisi dan Rashid Al-Ghannushi
Publisher,Firdaus Press Publication & Bookue Recources
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 140 g
No. of Pages, 85
Shelf: Mutiara Minda / Rujukan Agama / Agama
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Buku ini adalah Siri Pendidikan Falsafah Islam Siri Ke-7. Penulisan buku Pendidikan Falsafah Islam dan juga falsafah-falsafah lain tidak akan berhenti selagi spesis manusia terus hidup. Justeru itu, projek penulisan Pendidikan Falsafah Islam bersiri ini akan diteruskan dari tahun ke tahun (Insya Allah). Khusus bagi Siri 5, 6, 7 dan 8, pengarang memuatkan 12 tokoh pemikir Islam terkemuka seperti yang berikut:
Siri 5 – At-Tusi, al-Majlisi dan Muhammad al-Khatami
Siri 6 – Al-Ghazali, al-Fatani dan Muhammad Uthman el-Muhammady
Siri 7 – Ibnu Khaldun, Khairuddin at-Tunisi dan Rashid al-Ghannushi
Siri 8 – Shah Waliullah, al-Maududi dan Qazi Hussein
Keunikan Siri 5 hingga 8 ini terletak bukan sahaja pada tokoh-tokoh yang dicakupi tetapi juga sengkang masa yang diliputi. Sebagai contoh, Siri 7 yang tuan/puan baca ini mencakupi pemikiran Ibnu Khaldun dari abad ke-14 sehinggalah ke era masa kini melalui pemikiran Rashid al-Ghannushi. Siri 7 ini ditumpukan khusus kepada tokoh kelahiran Tunisia, wilayah yang telah menghasilkan ribuan ulamak terkemuka.
Sungguhpun ilmu falsafah Barat perspektif logik menekankan pentingnya aspek metafizik dalam memahami masyarakat manusia, diskusi metafizik amat berbeza dalam falsafah Islam berbanding dengan falsafah Barat itu. Berdasarkan pemahaman kaca mata sebahagian pemikir Barat, terdapat dua jenis hukum alami (natural law) yang mana kedua-duanya juga datangnya daripada Tuhan. Jenis pertama hukum alami adalah hukum yang boleh dianalisis secara logik, sama ada menggunakan pancaindera ataupun menggunakan eksperimen minda. Sebagai contoh, pancaindera memberitahu api itu panas. Sama ada seseorang itu percaya atau tidak, hukum alami telah menentukannya secara putus iaitu setiap yang dinamakan api, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sekalipun ia tetap akan panas.
Sungguhpun begitu, ada perkara-perkara mengenai hukum alami berkaitan dengan manusia yang tidak dapat ditaakuli melalui pancaindera. Sebagai contoh, apakah hakikat sebenar fitrah manusia itu? Sama ada ianya mulia atau sebenarnya keji. Ahli falsafah menggunakan eksperimen minda untuk menaakuli apakah sebenarnya fitrah spesis manusia itu. Berdasarkan eksperimen minda Hobbes, manusia itu secara fitrah rata-ratanya ganas, manakala menurut Locke pula, manusia itu secara alami rata-ratanya adalah baik.
Walaupun teknik penggunaan pancaindera dan eksperimen minda juga digunakan dalam falsafah Islam, hampir keseluruhan ahli falsafah Islam merujuk kepada sumber wahyu sebagai rujukan yang mutlak. Walaupun ahli falsafah Barat yang percaya kepada Tuhan sesetengahnya juga merujuk kepada sumber ’wahyu’ agama mereka, namun ramai ahli falsafah Barat itu yang hanya berasaskan kepada logik akal dengan menggunakan kekuatan pancaindera dan eksperimen minda bagi menaakuli fenomena alam nyata ini dan mengaitkannya dengan alam metafizik.
Mudah-mudahan dengan sedikit pencerahan ini tuan/puan para pembaca akan dapat memahami buku-buku siri pendidikan falsafah ini dengan lebih mudah. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Penerbit Universiti Malaya kerana membenarkan teks asal karya-karya saya yang tebal sebelum ini diolah semula mengikut format buku-buku kecil bersiri seperti ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada keempat-empat penyunting Siri 5 hingga 8 ini iaitu Nurkhalida Ahmad Shabery, Dr. Muslieah Mustafa, Dr. Ahmad Faiz, Joshua Salahuddin dan Nur Muhammad Fitri. Untuk isteri dan anak Nur Muhammad (Akmal, Fitri, Taufiq dan Afif) berempat, Tuhan sahajalah yang dapat membalas kebaikan bagi membantu usaha suami dan bapa yang dalam serba ketidakupayaan ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Profesor Dr. Zulkifli Mohd Yusoff yang sentiasa memberi motivasi kepada saya untuk terus berkarya dan sudi bersedia pula untuk menuliskan kata pengantar bagi keempat-empat siri buku-buku ini. Semua kesilapan dalam buku ini adalah kelemahan saya. Kepada Tuhan sahajalah tempat saya bergantung harap dan memohon keampunan. Aamiin.
| Size (L x W x H) | 20.7 cm x 15 cm x 0 cm |