Pengembaraan Empat Srikandi Cilik
Publisher,Kaseh Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 220 g
No. of Pages,
Mana mungkin
tangan kecil menjatuhkan musuh.
Mana mungkin
kudrat itu menghayunkan senjata.
Megah Sutra
dulunya aman dan gembira, mula dilanda sepi.
Hilangnya si penyu
emas khazanah negeri, berduka lah jua Raja Gemia.
“Apa yang ayahanda
katakan itu semua dongengan semata-mata. Adakah kalian percaya tubuh sekecil
kami disuruh melawan musuh dan merentas pelusuk negeri carikan penyu emas
kesayangannya? Tidak kasihan kah kalian pada kami?” Puteri Lang Tengah cuba menagih
simpati hulubalang.
Puteri Tenggol
memandang ketiga-tiga adindanya. Titah ayahanda mereka, Raja Gemia perlu
diteruskan. Jika tidak, sesiapa sahaja mengambil peluang merebut si penyu emas.
Dapat kah mereka
menempuh pelbagai cabaran di depan mereka? Adakah empat srikandi ini dapat
menemui penyu emas seperti yang dititahkan? Atau adakah mereka pulang ke istana
dengan tangan kosong? Semua terjawab di dalam Pengembaraan Empat Srikandi
Cilik.