Pengembaraan Ibn Battutah : Pengembara Agung, Karya Terulung, Menyingkap Wajah Dunia
Publisher,Ikim
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Pada Jun 1325M, Ibn Battutah atau nama penuhnya Abu 'Abdillah Muhammad ibn 'Abdillah ibn Muhammad ibn Ibrahim al-Lawati, meninggalkan Tangier untuk menunaikan haji di Makkah. Dikota suci inilah, keinginan untuk mengembara tercetus dalam dirinya dan Ibn Batuttah benar-benar menjadikannya suatu kenyataan.
Karya ini disifatkan oleh sarjana sebagai kemuncak kecemerlangan penulisan genre sastera pengembaraan. Sesungguhnya karya terjemahan "Pengembaraan Ibn Battutah" ini umpama jendela yang membolehkan khalayak pembaca melihat visual tamaddun Islam yang dirakamkan dengan sedemikian hidup oleh Ibn Batuttah. Ia amat kaya dengan maklumat tentang dunia wacana Islam, geografi, sejarah, antropologi dan juga budaya. Penterjemahan karya ini ke bahasa Melayu diharapkan dapat memberikan sumbangan yang bermakna dalam pemasyhuran serta penyebarluasan karya-karya klasik Islam dan pengayaan khazanah ilmu negara oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), khusus untuk tatapan masyarakat.