Pengenalan Kepada Maqasid Syariah
Publisher,MPH Online
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Allah SWT menurunkan syariat-Nya bagi membantu manusia melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah. Tujuan di sebalik pensyariatan disebut sebagai maqasid. Maqasid Syariah ialah tujuan yang dikehendaki oleh Allah SWT dalam setiap hukum. Allah SWT mensyariatkan hukum bertujuan menyelesaikan masalah dalam kehidupan manusia dengan membuka ruang bermanfaat serta menghindarkan mudarat. Maqasid syariah dijejaki menerusi ayat al-Quran. Setiap suruhan dan perintah Allah SWT pastinya akan diakhiri dengan penerangan tentang maslahah (kebaikan) yang akan diperoleh oleh mereka yang melaksanakannya.
Rujuk buku ini lebih lanjut untuk mengetahui banyak lagi perkara menarik yang antara lainnya seperti maqasid umum dan maqasid khusus. Maqasid syariah yang khusus menyentuh perbincangan keutamaan dalam bersyariah ini, memberikan petunjuk yang jelas berhubung kaedah berfikir dan bertindak umat Islam terutama dalam kes-kes berkaitan dengan kemaslahatan umat iaitu yang menyentuh secara langsung soal kebajikan, kebaikan dan manfaat umat Islam. Maqasid syariah jika dicerakin dengan bahasa mudah adalah mengambil kebaikan dan meninggalkan kemudaratan.