Penjara
Publisher,Koleksi Tarbiah Sentap
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
"Bebas mata melihat dunia. Sehingga tidak sedar kaki terperangkap dalam penjara dosa yang kau sendiri cipta."
Seperti biasa, setiap kali dia menapak masuk ke bilik tersebut, matanya akan tertangkap pada katil sebelah yang sekarangnya kosong tidak bercadar. Dia seolah-olah nampak empunya katil tersebut tersenyum manis ke arahnya seperti biasa. Dia meletakkan begnya di atas katil, mengambil frame yang sedang terpacak berdiri di atas meja belajarnya.
Ridwan melepaskan keluhan panjang. Kali ini dia mengaku, hati yang sering meminta maaf dan memaafkan itu adalah antara hati-hati yang sentiasa tenang. Meminta maaf, tidak semestinya setelah kita melakukan kesalahan. Memberi maaf pula, tidak semestinya setelah diri kita dipermainkan.
Kadang manusia lupa, skrip hidup yang ditulis olehNya itu adalah novel yang terhebat untuk kisah hidup kita. Nak redha, kadang makan masa. Tetapi jangan sampai tak redha, sehingga ia memakan diri kau sampai sakit seksa. Aku ingatkan, jangan selamanya kau terpenjara dalam sangkar dosa yang kau sendiri cipta.
Matanya bebas melihat dunia luar. Tetapi dirinya terperangkap dalam penjara dosa yang dia sendiri cipta. Pesan, jangan jadi macam aku. - Rid
Sebuah buku yang sangt bagus. Penulis banyak menyatakan bahawa kita sebagai manusia haruslah belajar untuk memaafkan sesama manusia begitu juga sebagai manusia kita kenalah redha dengn ketentuan yang maha kuasa . Banyak unsur keagamaan dan pelbagai kisah di masukkan agar lebih menarik untuk dibaca. Very nice.
Sebual novel yang memberi banyak pengajaran kepada kita supaya tidak hanya melihat dosa orang lain sedangkan kita tidak sedar akan kesalahan dan dosa-dosa yang kita lakukan. Novel ini juga mengajar kita untuk sentiasa muhasabah diri supaya pengakhiran kita nanti adalah syurga.