Penjara

ISBN: 9789672328414
Checking local availability
RM19.90
Product Details

Publisher,Buku Fixi
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Penjara Manusia Sepi dan jerung gergasi. Dua benda yang paling ditakuti, namun sudah tiba giliran Sufian dan kawan baiknya, Hairul disumbat masuk ke penjara itu selepas gagal mencari pasangan hidup masing-masing. Tak ada cara lain untuk keluar dari situ, melainkan berkahwin, atau dijadikan santapan jerung gergasi dalam laut yang mengelilingi penjara itu. Pertemuan dengan Joanna, gadis pelumba yang berpenampilan tomboy membuatkan hati Sufian berdebar-debar. Tawaran untuk mengahwini gadis itu dilihat sebagai jalan untuk dia melepaskan diri dari Penjara Manusia Sepi. Tapi ada satu masalah besar, yang rasanya boleh menjejaskan peluangnya untuk kembali menjalani hidup seperti biasa di luar sana. Sufian tak ada pilihan lain, jalan seterusnya adalah untuk melarikan diri. Tapi bagaimana caranya, dan bersama siapa?

Customer Reviews

Based on 21 reviews
62%
(13)
38%
(8)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
N
NUR RAIHANAH MOHD RIDUAN
PENJARA

best! banyak unsur suspens, sesuai dengan minat saya

N
Noramalina shamsudin
Penjara

Sebuah novel yang mengisahkan hukuman penjara (Penjara Manusia Sepi) terhadap seorang yang tidak berkahwin. Jika ingin bebas, wajib berkahwin. Novel yang lain dari yang lain. Best.

N
Nur amira syuhada
PENJARA

Sesiapa yg tak suka novel cinta boleh la cuba baca novel2 fixi ni.. Kebanyakkan novel2 fixi semua berunsurkan thriller, seram dan sebagainya kecuali bukan cinta cintun hehe.. Betul best laa layan novel fixi.. Tak percaya cubalah baca 😉

F
Fida
Menarik

Permulaan cerita Penjara ini. Seolah olah, kita turut sama dalam cerita. Bayangkan, kau masih muda dan taknak berkahwin dan taknak sangkut dengan apa apa komitmen. Tapi ditangkap sebab itu... Tidak berkahwin. Dan dihumban ke dalam Penjara Manusia Sepi yang dikelilingi oleh jerung gergasi. Lepastu, keadaan dalam penjara tu penuh dengan syarat-syarat yang aneh. Itu la yang terjadi dekat Sufian. Sufian rasa hak berkahwin tu, adalah hak manusia. Tak perlu orang lain masuk campur.
Cerita yg lain dr yg lain. good!!