Penunggu Lubuk

ISBN: 9789672394327
Checking local availability
RM28.90
Product Details

Publisher,Karya Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 350 g
No. of Pages, 426

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Misteri/Thriller

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

BELENGGU-AFFIEYZA ISAHAK
“Kau mana pernah mengandung Dharia! Kau hanya berlakon saja depan suami
kau sebab dia dah lama inginkan zuriat sendiri.”
Dharia tergamam. Benarkah begitu? Dia bangun dan berdiri di hadapan cermin
yang melekat pada almari baju. Tubuhnya diteliti dari atas ke bawah dan pandangannya
jatuh pada perutnya yang kempis. Terus tapak tangan melekap pada perut. Menggigil
tangannya.
Aku tak mengandung? Suara itu tipu! Dia pernah mengandung, dia ingat lagi dia
dan suaminya pergi membuat pemeriksaan di klinik cuma belum tahu jantina bayi dalam
kandungannya. Kelopak matanya tiba-tiba tertancap pada botol bedak kecil, di atas meja
solek. Ya, dia masih ingat! Semenjak berbadan dua, selepas mengidam makan beras
mentah, dia mengidam pula mahu merasai bedak yang sering bayi gunakan. Bau yang
wangi itu membuatkan keinginannya membuak-buak. Sebab itulah ibunya menegur
tangannya berbau harum. Jadi betullah dia pernah mengandung!

LUBUK BUSUT – HAFIZUDDIN GHAZALI
Deria baunya terhidu sesuatu yang sangat busuk. Hampir-hampir Munirah
termuntah. Bau itu seakan bau tanah yang bercampur dengan darah dan nanah. Sangat
busuk. Dia cuba untuk menutup hidung, namun tangannya juga seperti dipasungkan.
Perlahan-lahan dia membuka matanya. Di hadapannya terlihat wajah pocong itu
yang berdiri tegak. Hidungnya dan hidung makhluk itu hampir bersentuhan. Dadanya
sudah bergoncang. Bibirnya mula terketar-ketar. Satu aksara pun tidak terluah.
Wajah yang hodoh itu mula mengeluarkan lidahnya yang panjang dan
menggerutu. Sesekali muncul ulat dari lidah itu. Keluar merayap lalu jatuh ke tanah.
Lidah pocong itu mula menjilat pipi Munirah. Terketar-ketar Munirah menahan takut.

LEMBAH PUAKA-IZA IMAN
“Jangan ambil saya. Jangan ambil saya…” Berulang-ulang ayat Adira
kedengaran begitu.
‘Aduh, apa lagi yang ganggu kau ni, Dira? Oh, Tuhan.. bawa jauh-jauh setan itu
yang mahu merasuki anak kami,” pinta Fazura bersama air mata yang berlinangan. Tidak
sanggup dia lihat keadaan Adira begitu.
“Tidak, nak. Mama ada sini, papa pun ada sini. Jangan Jakur Cepat-cepat
Fazura dakap tubuh Adira seeratnya. Selepas itu, Fazura hana Adira baring
Lama-kelamaan lena juga Adira tidur. Malam itu, Fazura tidur di sisi Adira. Tidak
mungkin dia tinggalkan Adira dalam keadaan selalu meracau seperti itu

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)