Perancangan Pelaburan Hayat
Publisher,True Wealth Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Strategi Pelaburan Bagi Semua Peringkat Umur Termasuk Pelaburan Syariah dan Strategi Orang Kaya Muda
Buku ini mempersembahkan strategi pelaburan bagi individu berusia 20 hingga 70 tahun. Pelan pelaburan dan kewangan anda akan menjadi lebih proaktif dan jika anda sudah mempunyai pelan yang tersendiri, buku ini akan memperhebatkan lagi perancangan pelaburan hayat anda. Strategi Orang Kaya Muda dan Pelaburan Syariah juga dibincangkan dalam buku ini secara mendalam.
Biodata Penulis
Anuar Haniff merupakan seorang penulis subjek ekonomi dan perancangan kewangan. Berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam bidang pelaburan dan kewangan, termasuklah pelaburan insurans, takaful, ekuiti dan konsultasi strategi. Anuar memegang Ijazah Sarjana Sastera (Ekonomi) 1st Class Standing dari McMaster Unversity, Ontario, Kanada. Kini beliau menyambung akademiknya ke peringkat PhD dalam bidang Ekonomi di universiti Islam tempatan.
Dr Mohd Nizal Haniff ialah pensyarah dan felo penyelidik di Accounting Research Institute dan Fakulti Perakaunan di UiTM. Beliau berpengalaman lebih 15 tahun dalam konsultasi kewangan dengan agensi kerajaan dan pihak swasta. Dr Nizal berkelulusan PhD (Kewangan) dari Cardiff University, dan mendapat Ijazah Profesional dari The Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), di United Kingdom.