Perang Arab Israel: Selagi Belum Kiamat
Publisher,PTS Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Selepas Turki Uthmaniyah kalah dalam Perang Dunia Pertama (1914–1918), British yang menguasai tanah jajahan Turki Uthmaniyah (termasuk Palestine) mengisytiharkan Perisytiharan Balfour pada tahun 1917 dengan mengiktiraf negara Israel tanpa menafikan hak-hak sivil dan agama masyarakat bukan Yahudi di Palestin. Sejak dari itu, seramai 85,000 orang Yahudi sudah pun bermastautin di Palestin. Pada tahun 1947, UN Partition Resolution (GA 181) membahagikan tanah Palestine dengan 4,700 batu kepada 1.35 juta penduduk Arab Palestine manakala 5,300 batu kepada 630 ribu pendatang Yahudi. Pembahagian yang jelas berat sebelah mencetus Perang Arab-Israel 1947 dan PerangArab-Israel 1948.
Buku ini mendedahkan:
· Faktor kekuatan tentera Israel yang memenangi Perang Arab-Israel 1947-1948,Perang Suez 1956, dan Perang Enam Hari 1967, Perang Yom Kippur 1973
· Faktor kelemahan tentera gabungan Arab yang mendorong kekalahan kepadaIsrael.
· Strategi yang digunakan oleh kedua-dua pihak.
· Perjanjian Camp David: Sebab dan kesan ke atas Palestine dan Negara-NegaraArab di sekitarnya.
· Konflik Israel-Lubnan (1978-2006): Harapan buat Negara-Negara Islam?
· Palestine: Kesengsaraan, bantuan Luar dan harapan masa depan.
Sabaruddin Hussein adalah penulis, penterjemah dan pengkaji sejarah dan konspirasi berkaitan dengan agenda Yahudi. Beliau menulis buku Agenda Yahudi Menakluk Dunia dan Konspirasi Yahudi: Perang & Penaklukan.