Perasaan Yang Memilih
Author: Emiesha Nur MK
ISBN: 9789838220392
Checking local availability
Title
RM23.00
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 498
Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
“Tolong jadi kekasih olok-olok saya. Please… bertahan untuk beberapa bulan aje. Lepas tu, janji everything will be okey.” -LUQH “Ni semua kerja gila, tau tak? Tak pasal-pasal semua orang cop saya ni girlfriend awak.” – NUWA Menjernihkan hubungan Datin Dhina dan Luqh akhirnya membawa kepada kisah percintaan olok-olok antara Nuwa dan Luqh. Tugas yang diberikan memanglah tidak terlalu sukar. Lakonan mereka begitu mantap sekali gus memudahkan matlamat Luqh tercapai. Mempergunakan gadis lurus bendul seperti Nuwa tidaklah sesusah mana. Tapi, hati Nuwa pula buang tabiat, tanpa sengaja terjatuh hati pada Luqh. Di saat menikmati cinta dalam diamnya itu, Nuwa dikejutkan pula dengan perkhabaran yang tidak diduga. Luqh memilih Zandra. Jika benar Zandra sudah menjadi pilihan hati Luqh, di manakah kedudukannya dalam hidup Luqh? Satu hari, Nuwa ditimpa kemalangan langgar lari dan mengakibatkan kakinya patah. Di sebalik kemalangan yang menimpa Nuwa, ada sebuah rahsia besar yang cuba disembunyikan oleh Zandra daripada pengetahuan Luqh. Di saat Luqh ingin membaiki keadaan, Nuwa sudah berpaling. Baginya Luqh cuma kisah dongeng yang tak mampu digapai lagi. “Mengharap pada benda yang memang dah tahu mustahil, memanglah sakit” – NUWA Dalam diam, Luqh diawasi oleh seseorang. Seseorang yang selama ini memuja dalam diam, membenci tanpa sedar. Bukan Zandra. Tapi… Terhenyak apabila kepercayaan dikhianati. Tidak sesekali dibiarkan kutukan itu mengganggunya lagi kerana dia percaya luka akan sembuh oleh seseorang yang mengerti cara mencintai.