Percaturan Kuasa Dan Politik Pilihan Raya
Publisher,Utusan
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Apakah perkembangan baharu dalam politik pilihan raya Malaysia pada Mac 2008 itu akan berterusan? Adakah pihak pembangkang akan terus mendapat sokongan serta kedudukan yang semakin kukuh dalam pilihan raya ke-13 nanti? Apakah bukti kukuh yang mampu menyokong bahawa pihak pembangkang akan terus mendapat sokongan yang lebih besar dalam pilihan raya akan datang atau apa yang berlaku pada 8 Mac 2008 adalah satu kebetulan disebabkan oleh faktor semasa yang tidak akan berterusandalam pilihan raya umum akan datang? Adakan orang Melayu akan membuat pusingan U dalam pilihan raya umum ke-13 dengan memberikan sokongan padu semula kepada UMNO? Persoalan yang dinyatakan di atas menjadi tanda tanya bagi sebahagian besar penduduk, sama ada seseorang itu terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam politik negara.