Perempuan Tanpa Dosa (Novel Adaptasi)

ISBN: 9789674691677
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Karya Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Novel Adaptasi

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Fragmen cinta kita telah retak seribu. LILY, gadis yang bebas dan agak liar kehidupannya. Bertukar ganti teman lelaki perkara biasa. Walaupun bebas tetapi dia pandai menjaga diri, sehingga dia diperangkap Eddie yang hanya ingin menjadikan Lily mangsa permainan cinta palsunya. Lily nekad untuk membunuh diri. Datuk Majid kelam-kabut mencari seseorang untuk dinikahkan dengan Lily bagi menutup malu. Dia meminta Rizal, pekerjanya yang baik dan setia itu agar menikahi Lily yang hamil anak tidak berayah.

“Sekarang, cakaplah... Berapa yang kau mahu? Sejuta? Dua juta? Tiga juta? Aku mampu bayar. Aku mampu!” – DATUK MAJID

Selepas menikahi Lily, Rizal membawanya pulang ke kampung. Dia sengaja menyeksa Lily dengan tinggal di rumah pusaka emaknya yang usang tanpa bekalan elektrik dan air. Tanpa pengetahuan Lily, Rizal mempunyai kekasih lama di kampungnya itu. Kekasih yang juga adik angkatnya. Mereka pernah tinggal sebumbung semasa ibu Rizal masih hidup. Mengapa Rizal balik membawa seorang isteri bersamanya?

Oh Tuhan! Tabahkanlah hati ini. Mengapa aku diuji begini? Sia-sia penantianku selama lapan tahun ini. – USU SAKINAH.

Lily berbaik-baik dengan Usu Sakinah dan mula belajar mencintai Islam daripada wanita muda itu. Mereka bersahabat baik sehinggalah rahsia perhubungan Rizal dan Usu Sakinah pada masa lalu terbongkar. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Lily jatuh cinta pada suaminya sendiri atau kembali kepada Eddie? Eddie pula muncul dengan membuat pelbagai onar di kampung untuk merebut semula Lily daripada Rizal.

“Aku dah gagal mendidiknya. Aku gagal menjadi suami yang baik. Sepatutnya aku bimbing dia supaya dia tahu dan mengerti. Seharus aku kurung dia dalam sangkar cintaku!” – RIZAL.

Apabila Allah mengampuni kesalahan hamba-Nya, apakah akan lahir seorang perempuan tanpa dosa?

Customer Reviews

Based on 6 reviews
83%
(5)
17%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
N
Nooramira
Menarik

Sebuah novel yang mengisahkan perkahwinan tanpa rasa cinta yang akhirnya memetikkan perasaan dalam diri masing-masing. Apabila Lily dan Rizal hendak mencapai kebahagiaan kekasih lama Lily muncul semula dan Usu Sakinah yang mempunyai perasaan pada Rizal juga terbongkar.

N
Nurul Syafiera
Perempuan Tanpa Dosa (Novel Adaptasi)

Banyak pengajaran dan ikibar yang boleh diambil daripada cerita ini. Jalan ceritanya menarik jugak.

A
Amirah Bukhari
MENARIK

Walaupun buku ni nipis dan ringan je tapi ada juga terselit ilmu yang berguna.

A
Anis Syahira Mhd Yusof
Dosa

Setiap manusia tidak pernah terleka daripada melakukan kesalahan. Atas pada diri kita ingin berubah kearah kebaikan atau tidak. Seperti novel ini, lily berubah mengejar Syurga apabila dia sudah sedar akan dosa yg dilakukan. Novel yg bnyak unsur redha dan sabar.

M
Mhd Saprisal Sabarudin
Best..!!

Simple storyline; kisah pengorbanan dan kesetiaan dalam satu perhubungan.
Watak utama ialah Rizal dan Lily. Watak sampingan Eddie dan Usu Sakinah juga memampatkan lagi jalan cerita.

Penulis Fatinilam Sari bijak dengan olahan dan garapan yang padu dalam naskhah yang legend ini.