Perihal Palestin Noam Chomsky & Ilan Pappe

ISBN: 9789670040622
Checking local availability
RM40.00
Product Details

Publisher,Biblio Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 215 g
No. of Pages, 212

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / SEJARAH & POLITIK / SEJARAH & POLITIK - LAIN-LAIN

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Perihal Palestin adalah satu seruan untuk meneliti isu Palestin pada akarnya: Zionisme.

Ilan Pappé dan Noam Chomsky menjemput kita untuk kembali ke zaman pra 1948 sebelum negara haram Israel ditubuhkan dan menelusuri proses sejarah yang membentuk masyarakat genosid Israel terhadap Palestin hari ini.

la satu cabaran untuk kita semua memecah dinding ketidaktahuan, berfikir semula tentang isu Palestin yang semakin lama semakin dilupakan dek kerana kesibukan yang dibentuk kapitalisme. Perihal Palestin menyeru untuk kita sama-sama menjalankan tanggungjawab kemanusiaan kita.

Rentetan 7 Oktober 2023 yang menggoncangkan dunia dengan paparan lintas langsung genosid mengajak kita supaya tidak lagi melazimkan wajah keganasan dan kebatilan Israel.

Buku ini bertujuan sebagai pemula, untuk kita melazimi cakna yang akan membawa kepada tindakan dan perubahan. Untuk setiap pembicara dan pemberita Palestin yang telah disenyapkan dengan kesyahidan, kita adalah suara yang akan memanjangkan perjuangan.

Semoga buku ini menjadi pembakar semangat kita untuk terus berjuang memerdekakan Palestin.

Palestin akan merdeka, dari sungai ke segara!