Perinsip Asas dan Perkembangan Kerja Sosial di Malaysia

ISBN: 9789672210405
Checking local availability
RM30.00
Product Details

Publisher,UUM Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 140

Buku ini memerihalkan tentang prinsip asas kerja sosial, sejarah perkembangan kerja sosial sama ada sebagai disiplin ilmu atau profesion pertolongan profesional dan pendidikan kerja sosial di Malaysia. Disiplin kerja sosial merupakan cabang ilmu sains sosial yang melatih pekerja sosial untuk melakukan praktis intervensi dengan sistem mikro, mezzo dan makro. Matlamat utama praktis kerja sosial ialah meningkatkan kefungsian dan kesejahteraan biopsikososial serta memperkasakan klien yang terdiri daripada kumpulan rentan atau marginal. 

Pekerja sosial bekerja dalam pelbagai seting seperti sekolah, penjara, hospital, rumah jagaan dan perlindungan kanak-kanak, rumah orang tua dan lain-lain yang memerlukan khidmat pekerja sosial. Sehubungan itu, buku ini sangat signifikan terutamanya kepada mahasiswa yang mengambil kursus kerja sosial, agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyalurkan perkhidmatan sosial. Keperluan kepada pekerja sosial semakin penting selaras dengan pelbagai isu sosial yang semakin kompleks. Isu tersebut perlu ditangani supaya tidak menjadi barah yang boleh meruntuhkan kemajuan sesebuah negara. Kemampanan pembangunan dan kemajuan sesebuah negara sangat bergantung kepada rakyatnya yang sejahtera dan harmoni.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)