Perisai Buat Wanita
Publisher,Utusan
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Buku ini merupakan nukilan ilmu yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan melibatkan golongan wanita dan remaja perempuan. Menyingkap pelbagai kes yang melibatkan mangsanya wanita dan pemangsanya lelaki perosak, inti pati buku motivasi ini mengajar dan mendidik secara praktikal bagaimana untuk melayari perhubungan cinta sesame manusia agar tidak mudah terjerat ke kancah permainan lelaki perosak
Bermula dengan perkenalan di awal pusingan sehinggalah ke arena perkahwinan, golongan wanita dipandukan tentang bagaimana untuk mengenali dan menilai lelaki sama ada melalui tutur kata, pandangan mata mahupun sentuhan pertama mereka. Selain itu, ia juga menitikberatkan tentang pembawaan watak selaku seorang isteri terhadap suami agar si suami tidak mudah beralih arah atau lebih teruk menjadi lelaki perosak.
Kadar percintaan dan keutamaan meletakkan percintaan jua dibangkitkan sebagai pembuka hati dan perasaan agar tidak sekali-kali mendambakan cinta sesama manusia melampaui cinta Ilahi. Ternyata konsep 50% yang digarap dalam buku ini memberi impak besar buat para pembaca.
Pilihan Staf:
Kehadiran buku ini sangat tepat pada masanya dikala masyarakat kita terus risau dan runsing memikirkan masalah masyarakat yang melibatkan wanita. Kehadiran buku ini akan menjadi panduan membentengi diri dan menjadikan wanita lebih bijak mengharungi kehidupan yang mencabar dan penuh tipu daya. Setiap wanita harus membaca dan memilikinya.