Perjalanan Politik Abang Johari, Premier Sarawak

ISBN: 9789671127735
Checking local availability
RM110.00
Product Details

Publisher,Kawah Buku
Publication Date,
Format,
Weight, 420 g
No. of Pages,

Perjalanan Politik Abang Johari, Premier Sarawak

 menelusuri selok-belok empat dekad riwayat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg, sekaligus meneroka kerumitan politik Sarawak. Pada 13 Januari 2017, beliau yang lebih dikenali sebagai Abang Jo dilantik sebagai Ketua Menteri keenam bagi Sarawak. Seluruh negeri Sarawak masih dalam kesedihan dan berkabung atas kematian Tan Sri Adenan Satem yang meninggal tiga hari sebelum itu. Pada usia 66 tahun ketika itu, perjalanan politik Abang Jo sudah mencecah 36 tahun sejak beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Satok pada 1981. Beliau meneruskan legasi ayahandanya Tun Abang Haji Openg iaitu Yang di-Pertua Negeri Sarawak pertama selepas Sarawak mencapai kemerdekaan pada tahun 1963. Mentua beliau, Tuanku Bujang bin Tuanku Othman pula adalah Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang kedua. Sungguhpun lahir dan membesar daripada latar belakang keluarga ternama di Sarawak, perjalanan politik Abang Johari bukanlah lancar dan mudah. Abang Jo terselamat dalam peristiwa ‘Ming Court’ dan sejak itu langkah beliau dalam politik cukup cermat, memerlukan beliau bersabar dan bertenang, mengalah dan menanti saat yang sesuai yang pada akhirnya telah menghantar beliau ke tempat paling tinggi dalam politik Sarawak.


Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)