Permainan Iblis

ISBN: 9789672394310
Checking local availability
RM28.90
Product Details

Publisher,Karya Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 350 g
No. of Pages, 431

Datuk Rahim akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya bagi menghabiskan sisa-sisa hidupnya di situ. Keluarganya turut dibawa sekali. Beliau telah menyerahkan syarikat Melur Holding pada kedua anak lelakinya yang masih lagi tinggal di bandar Kuala Lumpur. Tidak semua penduduk kampung dapat menerima kepulangan Datuk Rahim sekeluarga. Apatah lagi bila mendapat tahu bahawa lelaki itu ingin membuka kebun sayur dan menternak haiwan bagi menolong orang-orang kampung. Badri yang dihasut oleh Sahak kerana takut kehilangan jawatan sebagai ketua kampung mula melakukan onar. Di ketika yang sama Melur Holding mula berantakkan. Ada sesuatu yang tidak kena berlaku di dalam syarikat besar itu. Nordin secara tiba-tiba telah dihubungi oleh seorang wanita misteri telah menerima perkhabaran yang kurang enak. Nordin akhirnya menyusur akan masalah yang mula dihadapi oleh Melur Holding. Kemudian dia mendapati ada tangan-tangan ghaib telah mengunakan Melur Holding untuk kepentingan sendiri. Ada beberapa keputusan yang dibuat oleh Melur Holding di luar dari kebiasaan. Perkara itu telah diadukan pada Datuk Rahim. Lelaki itu turut gelisah dengan apa yang berlaku. Tidak habis dengan perkara itu, Azimah, isteri Datuk Rahim pula telah diganggu dengan bayangan misteri yang muncul di rumah pusaka lama yang didiami oleh mereka. Keadaan makin meruncing apabila peristiwa seram itu berlarutan dan mengganggu Azimah serta anak gadisnya, Nazirah. Datuk Rahim buntu untuk menyelesaikan masalah ini. Apatah lagi dia terpaksa berhadapan dengan masalah berkenaan Melur Holding. Makin dia bertambah tertekan. Belum dicampur dengan masalah yang ditimbulkan oleh Badri dan Sahak. Nordin pula berterusan dihujani dengan gangguan dari wanita misteri yang tidak dia kenali. Satu persatu tembelang yang bersarang dalam Melur Holding terdedah.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)