Permata Di Pintu Kaabah: Sebuah Travelog
Publisher,Alaf 21
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Mesir merupakan salah satu bumi anbiya' yang banyak melahirkan tokoh-tokoh serta ilmuan Islam di dunia. Nama-nama besar seperti Yusuf Al-Qardawi, Muhammad Sayyid Thanthawi dan Al-Mundziri pastinya menjadi sebutan di bibir-bibir para pelajar yang dahagakan ilmu. Universiti Al-Azhar pula menjadi lambang kemegahan Mesir, sebagai pusat penyebaran ilmu ke serata dunia.
Makkah pula tempat berkumpulnya seluruh umat Islam. Selain dikenali sebagai tempat lahirnya Nabi Muhammad, kiblat yang diarahkan ke sana juga menjadi tanda betapa pentingnya kota suci ini di sisi agama.
Setiap tahun, lebih 15 juta manusia akan berada di dalam kota suci ini terutamanya pada musim haji demi memenuhi tuntutan rukun Islam kelima.