Petua-Petua Ibnu Sina Untuk Kaum
Author: Dr.Md.Hilmi
ISBN: 9789834207946
Checking local availability
Title
RM22.00
Publisher,MPH Online
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Isu-isu perubatan yang berkaitan dengan sakit puan, atau dalam istilah perubatan-nya, Obstetrik & Ginekologi (O&G) sen-tiasa mendapat tumpuan umum masyara-kat, khususnya kaum wanita. Namun, kita jarang sekali didedahkan dengan panda-ngan alternatif berkaitan perkara tersebut, apatah lagi pandangan Ibnu Sina walaupun beliau dianggap sebagai Bapa Perubatan Moden. Justeru itu, buku ini memaparkan secara eksklusif kepada anda pandangan-pandangan Ibnu Sina berkaitan rahim, janin, kehamilan, kemandulan, keguguran, kelahiran bayi, penjagaan wanita semasa hamil dan selepas bersalin, dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan rahim, termasuk kanser rahim.
Buku ini juga merupakan satu-satunya buku yang menje-laskan secara terperinci kaedah-kaedah rawatan yang dicadangkan oleh Ibnu Sina bagi merawat penyakit dan gejala yang berkaitan dengan perkara di atas. Antara kaedah rawatan tersebut ialah perdarahan, enema, supo-sitori, syiafah, penggunaan tab mandi, dan pembakaran kemenyan, di samping penggunaan ubat-ubatan herba. Kaedah-kaedah rawatan ini sudah terbukti berkesan, mujarab, dan masih lagi relevan untuk diamalkan di zaman moden ini, malah sedang diamalkan secara meluas di India dan Pakistan sekarang ini. Semoga penerbitan buku ini akan merancakkan lagi perkemba-ngan perubatan alternatif di negara ini.