Pilihan Takdir

ISBN: 9789670907239
Checking local availability
RM27.00
Product Details

Publisher,Love Novel Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 700 g
No. of Pages,

“Kau ingat ni perempuan. Sekali kau cari pasal dengan aku, seumur hidup aku takkan lepaskan kau!”

Disebabkan keberaniannya menentang si pembuli nombor satu kolej mereka, kehidupan Azeeza terganggu. Pelbagai ancaman dan ugutan dia terima, namun itu tidak mematahkan semangatnya. Bagi Azeeza, lelaki pengecut itu hanya tahu menindas orang lain tanpa hati dan perasaan. Dia sedikit pun tidak takut mahupun gentar.

Namun tidak bagi Qaiser Hafiy, egonya dicabar oleh seorang perempuan yang entah dari mana datangnya. Tumbukan pertama yang hinggap di pipinya takkan dia lupakan sampai bila-bila. Keberanian dan ketenangan si gadis mencabar kelakiannya serta menyemarakkan lagi rasa dendam dalam diri Qaiser. Belum pernah dia diperkotak-katikkan sebegini rupa. Qaiser bengang. Pelbagai cara dilakukan untuk menyeksa Azeeza tetapi semuanya gagal.

“Kau dengar sini baik-baik, pergilah kalau kau nak pergi tapi jangan ingat kau boleh lepas daripada aku. Kau tahu apa masalah aku? Aku ni seorang pendendam. Sekali aku berdendam, seumur hidup kau takkan tenteram!”- Qaiser Hafiy.

Disebabkan kesalahan orang lain, kebencian Azeeza kepada Qaiser semakin bertambah, lalu dia mengambil keputusan untuk melarikan diri tanpa memberi ruang kepada lelaki itu untuk menjelaskan letak duduk perkara yang sebenar. Azeeza berharap dengan melarikan diri, tidak akan wujud lagi pertemuan dengan lelaki yang banyak menciptakan luka dalam hatinya.

Tetapi takdir berkehendak lain, Qaiser hadir kembali demi memburu sebuah kemaafan. Kini, dia terpaksa menerima apabila takdir meletakkan dia di bawah satu bumbung dengan lelaki yang telah memusnahkan masa depannya. Siapa Qaiser dalam hidup Azeeza yang sebenarnya? Adakah kemaafan akan Qaiser perolehi? Apa kaitan Puan Qarina dan Tuan Abbas dalam kehidupan mereka? Terlalu banyak persoalan, hanya takdir yang mampu menjawab segalanya.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)