Pink Smile (Novel Adaptasi)

ISBN: 9789670992358
Checking local availability
RM23.00
Product Details

Publisher,Penulisan2u
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 530 g
No. of Pages, 546

“Kenapa selalu pengsan?”
“Saya ada masalah.”
“Masalah?”
“Setiap kali… Tengok awak.”
 
Luna - Si pencinta tegar tapi hanya mampu tengok dari jauh aje setiap kali dia ke Duncan CoffeeHouse. Kaz merupakan aura beku yang mampu mencairkannya dalam lima saat. Tiap kali berada dekat dengan Kaz, Luna kena panick attack. Pengsan tak sedar dunia apabila ‘dunia’ impiannya berada dekat dengannya. 
 
“Eh, nak ke mana tu?”-Luna
“Nak lari jauh dari awak.”-Kaz
“Apa salah saya?”-Luna
 
“Salah awak sebab nak berkawan dengan saya. Saya tak perlukan kawan perempuan macam awak.”-Kaz
 
Kaz - Kehadiran Luna menjadi pencetus ilham untuk menu terbaru Duncan CoffeeHouse. Luna, perempuan comel dengan braces merah jambu! Tanpa sedar si pencetus ilham turut mencetus fenomena luar biasa dalam hati. Tapi mengapa Luna pula cuba main tarik tali? 
 
“Amacam Pink Smile?”
“Entah. Dah masuk tiga hari tak tengok kat Duncan. Apa pasal?”
“Aku cakap pasal menu Pink Smile kau! Bukan pasal perempuan tu... Hehe... Apa cerita ni?”
 
Akif - Berdiri atas nama seorang sahabat, tetapi tidak pernah ada untuk Luna kerana sering menidakkan perasaan aneh sejak dari bangku sekolah menengah menyebabkannya sering menghilangkan diri. Setelah mengenal pasti rasa yang ada, dia nekad kembali untuk mendapatkan Luna. Dan takdir membawanya ke Duncan CoffeeHouse, di mana Luna sering datang menjenguk cinta. 
 
“Jadi isteri aku. Nak?”-Akif
“Eh! Kau...” 
“Janganlah main-main macam ni weh. Takut aku! Haha!”-Luna
 
Dapatkah Akif merebut kembali cintanya yang telah lama ditinggalkan? Bagaimana pula keputusan Luna? Siapa pilihan Luna? Sama ada kisah semalam atau cinta impiannya? Duncan CoffeeHouse menyatukan kembali mereka semua, merungkai semua persoalan yang membelenggu mereka bertiga.

 

Customer Reviews

Based on 5 reviews
80%
(4)
20%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
K
Kabbithraa Kesavan
Pink Smile

Storyline yang sangat bagus dan tak clicheJalan cerita yang santai,geram,gembira dan juga berdebar debar.cerita lebih kepada romantik komedi dimana watak luna yang sangat comel dan punya perangai pelik yang suka pensan bila berdepan dengan jejaka pujaan.

A
Asraff Termizi
Menarik

Sebuah novel yang sangat ringkas dan santai. Selain watak yang comel serta banyak juga babak lucu didalam novel ini.

S
Siti Fadzillah
Pink Smile

Sesiapa yang tak suka baca novel yang penuh konflik & complicated boleh baca novel ini. Jalan cerita yang menarik & santai. Recommended.

s
sitinurkhadijahjaafar
Pink Smile

Sebuah karya dari penulis baru Luna Adresia. Jalan cerita yang simple, sweet dan tidak keterlaluan. Penulisan yang santai dan penggunaan Bahasa yang mudah. Terbaik.

N
Nawal fakiah
Terbaik

Sedap jalan ceritanya...