Please Marry Me, Teacher

ISBN: 9789673652952
Checking local availability
RM29.00
Product Details

Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 690 g
No. of Pages,

Pertemuan Noah Mikael dan Hana Carmelia tidak begitu baik semenjak awal lagi. Noah Mikael membenci cikgu baru itu yang dirasakan mencabar maruahnya sebagai ketua kumpulan empat sahabat yang sangat dihormati di Bok Seng High School.

Namun, siapa sangka? Perasaan benci Noah Mikael itu akan bertukar pada cinta. Semakin dia mengenali Hana Carmelia semakin Noah Mikael angau dan tergila-gilakan perempuan itu.

“Hana… Tak… tak. Sebenarnya I lebih suka nama kedua you. Carmelia. Just like the flowers. You are so adorable, lovely and sweet. That's you. I swear.” – Noah Mikael.
“Realiti hidup ini tak seindah yang awak gambarkan. Kahwin? Tak mudah, Noah. Perkahwinan itu bukan hanya penyatuan hati kita. Penyatuan dua keluarga. Awak dan saya jauh berbeza.” – Hana Carmelia.

Serius dengan perasaan cintanya, guru bahasa Melayunya itu terus dilamar. Malangnya lamaran itu ditolak mentah-mentah! Namun, penolakan demi penolakan tidak melunturkan semangat lelaki itu untuk memburu cinta Hana Carmelia. Dia sudah berjanji untuk menjadi penjaga perempuan itu di dunia dan akhirat.

“I know. I'm not that person. I'm not the right one for you. But I promise you, Hana Carmelia bt Samsudin. I will take care of you. Forever. Insya-Allah.”

Hana Carmelia pula? Sampai bila dia hendak menidakkan hakikat bahawa pelajar terlebih umur itu sudah menjadi suaminya yang sah? Sampai bila dia mahu menutup rapat hatinya buat Noah Mikael?

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)