Polemik Salafi-Wahabi: Merungkai Kekusutan

ISBN: 9789672441038
Checking local availability
RM38.00
Product Details

Publisher,Rimbunan Ilmu
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Sesuai dengan temanya, buku ini membahas kontroversi dan polemik antara golongan penyokong dan penentang Salafi-Wahabi. Memang ramai yang bercakap dan menulis persoalan ini, tetapi selalunya mereka bukannya meredakan konflik yang ada, sebaliknya menambah-burukkan lagi konflik tersebut melalui sikap mereka yang berpihak kepada golongan tertentu dan menyerang golongan lain secara ekstrim (ghuluw). Misalnya kalangan mereka yang menganjurkan kebebasan bermazhab, mereka mendukung konsep “La-Mazhabiyah” dengan menolak mazhab sama sekali. Selagi sikap ekstrim dan fanatik menguasai diri, tidak mungkin sebarang penyelesaian dapat dicapai. Ini kerana sikap ini bertolak daripada premis dikotomi hitam-putih seumpama ucapan “Aku betul, engkau sesat.” Walaupun premis eksklusif yang tegas seperti ini sangat penting dalam persoalan Qat’iyyah-Thawabit atau jelas dan kekal hukumnya seumpama bidang Usul Aqidah dan Ibadah, tetapi dalam ruang Zhanniyat-Mutaghayyirat atau tidak jelas dan berubah hukumnya seperti dalam isu furu’ Ibadah dan Syari’ah, amat malang sekali jika kita masih keras dan garang.

Customer Reviews

Based on 2 reviews
50%
(1)
0%
(0)
50%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
M
Mohd Faizul Irwan Mohd Razali

Buku yang baik utk dibaca untuk memahami isu yang tidak pernah selesai ini.

M
MOHAMAD FARID
Agama

Sikap melabel sesama manusia sering terjadi akibat perselisihan pendapat yang diutarakan dalam sesuatu human ilmu.Hasil perselisihan yang berterusan telah tercetus kumpulan besar dan pengikut yang akan terus taksub dengan pendapat ilmu wan-ilmuwan tersebut.Buku ini untuk memahami masalah yang tidak akan selesai.