Politik Lama & Politik Baharu : Segugus Bicara Shahrir
Publisher,Patriots Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 265
Tiada pemimpin yang perjalanan karier politiknya berwarna-warni sepertimana Tan Sri Shahrir Samad, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau merupakan figura politik penuh kontroversi, lagi-lagi ketika era Tun Dr. Mahathir Mohammad.
Seorang pemimpin yang berprinsip, sanggup memakan tuan demi perjuangan yang dipercayai dan mengangkat rakyat sebagai matlamat utama untuk beliau berpolitik. Tan Sri Shahrir mempunyai buah tangan untuk para pengagum pemikiran beliau di luar sana, iaitu Politik Lama dan Politik Baharu; Gugusan Bicara Tan Sri Shahrir Samad.
Buku ini ialah koleksi penulisan-penulisan beliau dari ketika beliau masih bertatih dalam arena politik, sehingga menjadi antara ahli politik yang paling disegani di Malaysia. Buku ini merakamkan lebih 30 buah penulisan yang akan menjadi santapan bagi minda-minda yang berfikir.