Pragmatik

ISBN: 9789670798714
Checking local availability
RM40.00

Buku Pragmatik menyediakan pengenalan kepada bidang linguistik pragmatik kontemporari yang tetap dan terkini serta mudah difahami. Sebagai salah satu cabang bidang linguistik, pragmatik boleh diiktirafkan sebagai kajian sistematik makna berdasarkan penggunaan bahasa atau kebergantungannya pada penggunaan bahasa. Pragmatik diperkenalkan dan diperincikan khusus bagi pembaca yang sudah mempunyai pengetahuan asas dalam bidang linguistik, ataupun bagi pelajar yang baru mengkhusus dalam bidang ini.

Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian I merangkumi tajuk utama dalam pragmatik. Antaranya yang berkait dengan teori implikatur perbualan klasik Grice, pragmatik neo-Grice dan konvensional, praandaian, perlakuan tuturan bahasa serta analisis deskriptif beberapa jenis deiksis. Bahagian II pula membincangkan topik yang merupakan aspek baharu dalam pragmatik yang memfokuska npelbagai penghubung antara pragmatik dengan bidang penyelidikan lain, tentang penghubung pragmatik dan kognisi, penghubung bidang pragmatik dan kognisi, penghubung bidang pragmatik dan semantik serta mengkaji interaksi dan pembahagian pengkhususan antara pragmatik dan sintaksis, dengan tumpuan pada teori pengikat dan anafora.

 
Product Details

Publisher,Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)