Praktik Solat Jenazah dan Pengurusannya (Edisi Kemas Kini)
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
Apabila kematian datang menjemput, yang tinggal bukan sekadar kesedihan, tetapi amanah yang perlu disempurnakan dengan penuh ilmu dan adab.
Buku ini menghimpunkan panduan lengkap tentang pengurusan jenazah bermula daripada menjelang kematian, saat kematian dan selepas kematian. Disusun dengan bahasa yang mudah difahami, ia sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada yang baru ingin belajar atau yang ingin memperkemaskan amalan.
Dilengkapi dengan dalil sahih, langkah demi langkah serta penjelasan hikmah di sebalik setiap amalan, buku ini bukan sahaja membimbing tatacara, malah menyentuh hati tentang hakikat kehidupan dan kematian.
Kerana setiap Muslim pasti akan menghadapinya, sama ada sebagai yang pergi atau yang menguruskan.
Antara topik menarik dalam buku ini:
- Tatacara memandikan jenazah.
- Apa yang perlu dilakukan kepada orang yang sedang menghadapi sakaratulmaut?
- Cara mengkafankan jenazah lelaki dan jenazah perempuan.
- Bagaimana jika masbuk dalam solat jenazah?