PSIKO
Publisher,PENULISAN2U
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 483
iculik, dikurung dan diseksa oleh si bongkok kerana ingin melihat orang-orang seksaannya menderita seperti orang yang dicintainya sebelum ini. Antara yang menanggung akibat adalah RAYYAN FIRDAUS, HANNA HANANI dan beberapa orang lagi rakan mereka.
Dan ini pula antara kata-kata dendam orang yang dicintai si bongkok...
“Kau orang berdua nak tahu tak apa yang aku letak dalam keranda tu? Aku letak lipan. Aku letak kala jengking!”
Dan ini pula antara kata-kata dendam orang yang dicintai si bongkok...
“Kau orang berdua nak tahu tak apa yang aku letak dalam keranda tu? Aku letak lipan. Aku letak kala jengking!”
“Ala, tak payahlah nak merayu-rayu. Hati aku ni takkan cair dengan rayuan kau. Kau dan seorang lagi betina kat atas tu akan mati sebelum matahari terbit. Ada faham?”
Berselindung di sebalik satu nama yang tidak diketahui identiti sebenarnya. Dan penculikan ini terus menimbulkan tanda tanya dalam minda setiap mangsa yang terlibat.
Sementara itu, kembali ke waktu 10 tahun yang lalu... Seorang gadis obesiti telah sering dijadikan bahan ketawa kerana tubuh badannya. Seterusnya, berlaku pula satu peristiwa hitam di sebatang sungai telah merubah takdir hidup si gadis obesiti! Lucu sangatkah bentuk fizikalnya sehingga teruk si gadis obesiti dibuli? Dan siapakah gadis obesiti ini?
“Bulat macam belon tu kau kata comel? Kalau dia himpit, mahu penyek badan kau!” – RAZMAN
“Eh, tak payahlah. Nanti tak cukup pula bihun goreng tu. Kau kan kuat makan!” – BAIZURA
“Kenapa kau orang ni asyik nak membuli dia aje, hah?” – MAIZATUL AKMA
Menghina fizikal si gadis obesiti tanpa belas, padah menanti mereka! Satu demi satu menjadi mangsa. Diseksa dengan kejam oleh si pemberi hukuman bagai menjadi satu kewajipan. Si penghukum semakin rakus menjalankan tugasnya dengan profesional.
Siapakah individu sadis dan psiko yang memberi hukuman? Siapakah pula si bongkok? Bagaimanakah dengan nasib gadis obesiti? Siapa dalang sebenar yang terlalu psiko ini? Ada kaitankah peristiwa kejam lagi berdarah ini dengan ketiga-tiga mereka? Rasailah pergolakan perasaan yang sarat dendam, saspens dan pertelingkahan dalam Psiko tulisan Rosa Nur ini.