Psychopath
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Manusia yang berhati syaitan telah memusnahkan angan-angannya untuk mengabadikan cinta untuk Zain. Kematian Zain meninggalkan pilu mendalam dalam diri Ezlina. Mendung dirasakan ada di mana-mana menyuluh hidupnya.
“Kalau apa-apa jadi dekat saya, jangan percaya orang sekeliling. Ingat! Kematian saya bukan kebetulan. Ada yang merancang.” – ZAIN
Dendam harus dilunas dengan dendam, Ezlina memburu satu nama! Iqbal. Lelaki yang dipercayai dalang di balik apa yang telah berlaku ke atas Zain. Lelaki itu tak normal seperti manusia biasa. Perlu mengambil pil penenang untuk mengawal emosinya. Segala bukti bagai terarah kepada Iqbal.
“Darah berbalas darah!” – EZLINA
Lelaki itu kian terdesak untuk membersihkan namanya saat satu demi satu pembunuhan menuduh dia adalah topeng utama di sebalik semuanya. Pembunuhan yang penuh jijik dan sadis! Satu mangsa, satu ‘trofi’! Trofi yang diambil dari anggota tubuh yang terkulai tak bernyawa!!!
“Bukan aku yang pancing dia. Tapi dia yang menyerah diri.” – IQBAL
Ada insan lain yang begitu dekat dengannya sedang mengatur permainan untuk memusnahkan kehidupan Iqbal. Benarkah pernyataan itu? Atau kata-kata itu hanya laungan Iqbal untuk menutup sisi gelap dirinya? Mampukah Ezlina membongkar permainan kejam yang dapat meleraikan segala kebenaran? Siapa pun si psychopath, akan Ezlina buru hingga ke lubang kubur! Pembunuhan Zain akan dituntut. Hanya kematian mampu mengungkap segala kegelapan dan pengkhianatan. Hanya pembunuh kejam bergelar psychopath mampu meraikan tiap titisan darah dengan nafsu keiblisan.
Love d thriller / Saiko & mcm lagi ... So Moral of d story well done ., keep up a great job , WRITER ...
Sebuah novel yang bergenre psiko-thriller Dan misteri yang membuatkan pembaca berdebar membaca kisah ini. Pelbagai konflik Dan misteri yang dirungkaikan dalam novel ini. Memang best layan novel ni.
Saiko, memang saiko! Novel ini mengisahkan seorang psychopath yang membunuh mangsanya dengan cara yang sadis. Si pembunuh akan mengambil salah satu anggota badan mangsa sebagai simbol 'trofi'. Peminat novel genre thriller mesti dapatkan novel ni okay!
Triller yang best. Namun adakah seorang psychopath dpt berubah? Knp? Kekejaman yg dilakukan pastinya memerlukan hukuman. Kisah best!