Pujaan Hati Encik Bos
Publisher,Dear Novels
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 650 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Novel - Lain-Lain
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Tak banyak yang dia mahukan dalam hidupnya. Fokus utamanya dalam kerja ialah mahu menolong bapak, emak dan adiknya di kampung. Kerjanya tak teruk, tapi yang teruknya ialah bila dia dapat bos yang garang macam singa. Dinda Suhana terpaksa akur bila jawatannya ditukar menjadi pembantu peribadi Encik Fayyadh Ahnaf. Ya, namanya memang sedap. Tapi, perangai entah apa-apa. Pembuli nombor satu!
“Saya nak awak panggil saya bos, faham?”
Nampak tak perangai cipan dia? Tapi, Dinda tak mampu nak melawan. Rela dalam paksa, dia ikut juga arahan itu. Dia kan bos walaupun hakikat sebenar Dinda rasa nak berhenti kerja saja. Tapi, bila Dinda kecewa dek cintanya ditolak Tuah, Encik Bos hadir bagaikan super hero. Menenangkan hatinya yang gundah dan dalam diam, Encik Bos berjaya cantumkan hatinya yang hancur berderai itu. Eh, apa dah jadi ni?
“Dinda, tolong behave sikit boleh tak? Sekarang awak cuma boleh pandang saya sorang aje macam tu. Now, I’m your man.”
Bila dah jadi kekasih, Encik Bos jadi lelaki paling manis bak madu. Setiap hari dia buat hati Dinda kembang bertaman-taman. Tuah datang meminta kasih yang dia buang dulu. Tak cukup dengan itu, Tumirah juga hadir menghuru-harakan hubungan mereka. Bila Dinda membawa diri, terbongkar pula sisi lain Encik Bos yang menjadikan dia lelaki paling spesial.
“Saya cuma lakukan apa yang saya mampu untuk dapatkan awak secara gentleman. Awak pujaan hati saya.”