Pujukan Allah Buat Wanita

ISBN: 9786297586137
Checking local availability
RM27.00
Product Details

Publisher,Zharf Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Ada masanya kita tersandar lemah di sudut bilik, memeluk lutut sambil menangis tanpa suara. Langit terasa begitu kelam, langkah terasa begitu berat, hingga hati kita berbisik:

"Kenapa Allah uji aku macam ini?"

Buku Pujukan Allah Buat Wanita ini hadir sebagai satu pesanan al-Quran buat wanita yang hampir putus asa dengan hidup. Saya kumpulkan beberapa potongan ayat al-Quran yang seakan memberikan pelukan kasih sayang buat wanita. Dengan ayat pilihan dalam al-Quran dan hadith Rasulullah, saya cuba membawa kalian mendekati kalam Allah dengan cara yang penuh lembut dan menenangkan. Daripada kalimah pertama hingga noktah terakhir, anda akan merasakan bahawa Allah sentiasa dekat, sentiasa mendengar rintihanmu, dan menantimu untuk kembali kepada-Nya.