Pujuklah Hati
Publisher,Bonda Nor
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: MUTIARA MINDA / RUJUKAN AGAMA / MOTIVASI AGAMA
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Dulu, saya juga selalu melayankan stres. Berdepan ujian kecil pun rasa nak marah, rasa nak menangis. Kadang mengamuk, merajuk, berjauh hati berlama-lama.
Namun akhirnya, ilmu membuat saya lebih faham. Pengalaman membuat saya lebih matang. Hari ini, saya masih menangis dan tahu erti marah tapi emosi sebegitu hanya singgah. Tidak sudi lagi saya panjangkan cerita duka yang tidak membawa bahagia!
Kemampuan menguasai emosi dan memujuk hati sebenarnya adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari. Betapa indahnya jika kita mampu menguasai kemahiran ini. Justeru memikirkan kepentingannya untuk beroleh ketenangan hati, maka saya kongsikan pelbagai kisah dan pesanan yang penting menerusi karya ini. Ia dipersembahkan dengan bahasa yang mudah difahami pada cerita dan sedikit puitis pada puisi.
Mudah-mudahan dapat membantu pembaca memahami hakikat ujian yang perlu dihadapi dan menjadi seorang yang lebih tenang mengendalikan situasi.