Pulau Renik Ungu
Publisher,Dewan Bahasa & Pustaka
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Memang dunianya adalah 'kembara' sejak kecil. Pada usia sembilan tahun lagi Siti Zainon telah menampakkan keberanian dan keyakinan diri apabila dia bersendirian menaiki kereta api semata untuk mengunjungi ibunya di Kota Bharu. Begitu dia terkesan ketika menyeberang Banyuwangi untuk ke Pulau Dewata. Seterusnya dia berlegar dari pualu ke pualu. Pengalaman belayar di Laut Baltik menyebabkan dia kembali belayar untuk menyeberang Laut China Selatan pula. Melalui pengalaman belayar ini, dia merakamkan pelbagai khazanah sejarah; melalui tutur ibu, cebisan-cebisan catatan daripada fail ayah, dia cuba membongkar rahsia kehidupan sahabatnya.
Daripada pengalaman, pemerhatian dan pergaulannya, maka lahirlah novel Pulau Renik Ungu ini. Dia nyata tidak pernah lupa apa yang telah dipelajari daripada Har Suyin, Garing Young, A. Samad Said dan Arena Wati; membuat dia terus berani melayari kembaranya... kerana baginya... semua berkumpul dan bersatu menjadi ilmu!