Putera Zac Wakeel
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
Demi pendamaian tetapi penuh muslihat Puteri Tzuyu Haqis menggantikan kakak kembarnya Puteri Tzuyu Hasyash yang merupakan puteri mahkota Negara Permata Nilam sebagai tebusan di Negara Warisan Sejati.
“Beta mahu puteri mahkota Permata Nilam diculik dan penyamar dibunuh setelah kerja selesai.” -Raja Zaqhlul-
Mereka telah dimalukan sedemikian dan hanya darah sebagai galang ganti.
“Biar anakanda ikut sama melakukan tugas itu demi sebuah maruah. Lagi pun Puteri Haqis dan kerajaan Permata Nilam tidak kenal siapa anakanda.” -Putera Wakeel-
Dia putera yang berdaulat tetapi harus buktikan diri.
“Aku ingatkan putera penakut dan gemuk itu ikut serta, rupanya dia serupa bapaknya yang hanya tahu menghantar tentera.” -Puteri Haqis-
Dan masalah utama misi mereka adalah Puteri Haqis yang dibawa bersama.
“Kau tu puteri buangan!” -Putera Wakeel-
“Kau pula jangan nak jadi penjilat Putera Wakeel.” -Puteri Haqis-
Perang’ bermula awal tanpa mereka menyedari ada seseorang yang telah menyelinap di antara mereka. Satu persatu ahli pasukan elite dibunuh dan itu menyebabkan yang tinggal terpaksa bergantung antara satu sama lain.
“Buka ikatan tangan ni. Biar aku sendiri pertahankan diri. Bukan macam kamu, penakut macam Putera Wakeel.”-Puteri Haqis-
“Aku sumpah akan bunuh kau selepas perkara ini selesai.” -Putera Wakeel-
Dia diperlekehkan puteri yang tidak kenal dia siapa dan dia tidak sabar mahu melengkapkan misi. Namun dia terpaksa bergantung harap juga dengan Puteri Haqis.
Dapatkah mereka menyelamatkan diri dan selesaikan misi yang ditugaskan? Bagaimana pula dengan pembunuh yang tidak diketahui siapa dan tujuannya? Dan adakah bakal ada cinta yang berputik atau hanya ada kesetiaan terhadap negara?