Himari, seorang gadis sekolah tinggi yang biasa tiba-tiba didatangi butler bernama Kai!
Himari disalah sangka sebagai Puteri Ann dari Negara Diraja Royal yang menghilangkan diri. Dijanjikan hajatnya akan terkabul sekiranya berjaya menjadi tuan puteri selama seminggu bagi menggantikan puteri yang hilang. Bermulalah kisah manis seorang Puteri Seminggu.
Selepas babak terakhir, karya ekstra mengenai mereka berdua yang ditulis khas untuk manga ini turut disertakan!